Bab 2
Sabtu muncul
dengan cepat.hari ini Aryssa merasakan dia betul-betul bersemangat untuk ke Resort.Awal-awal
lagi dia sudah sampai ke sana dengan menaiki myvi kesayangannya.
“Wah..cepat cik Ryssa sampai hari ni.Ada apa-apa ke?”Tegur Lan seorang pekerja Café Polaris di Resort itu.
“Hari ini saya bersemangat nak kerja.Lan,macam biasa ye.Cepat sikit saya lapar ni.”
Lan tersenyum lalu menuju ke arah dapur.Dia tahu chef zul telah menyiapkan makanan untuk bos mereka itu.Apa tak tahu apa yang bakal Aryssa order.Setiap minggu makanan yang sama.Mee goreng ayam basah dengan tea panas.tengahari pula nasi goreng ayam dengan tembikai laici.Petang pula yang berbeza setiap minggu sebab selalunya minum petang terpulang pada Chef zul mahu buat apa.
Aryssa menikmati sarapan pagi itu sambil mengadap laut.Terasa tenang jiwanya bila melihat lautan yang cantik.Sudah lama dia tidak bermain di tepi pantai.Kali terakhir semasa Arwah Andrian hidup.
Pejabat yang berada di bangunan utama di jejakinya.Dia duduk di biliknya lalu membelek fail yang sudah bertimbun di atas meja.Keluhan di lepaskan.Aiik,Belum mula dah mengeluh?Apa taknya.Berlambak fail yang perlu di layannya sepanjang hari ini.
Sebuah fail di tatap lama.Aryssa membelek lagi beberapa helai kertas di dalam fail itu.Mukanya berkerut.Beberapa minit kemudian mengangguk.
Seorang gadis masuk lalu meletakkan minuman ke atas meja Aryssa.
“Ayu,siapa yang cadangkan hari keluarga ni?”
“Oh..tu dari unit house keeping.Mereka cakap dah lama tak buat hari keluarga.Boleh buat doa selamat sekali.”
“Betul juga ye.Dah lama tak buat hari keluarga.Nanti minta En.zulhelmi dengan ustaz balhaiqi uruskan dan ambil cadangan pekerja nak buat aktiviti apa.Nanti saya akan turun padang sekali.”
“Baiklah.Saya akan sampaikan.”
Ayu keluar sambil memegang beberapa fail.Dia diarahkan untuk menaip segera surat dan borang yang di perlukan Aryssa.Walaupun Aryssa tidak ke Resort,Ayu akan sentiasa member laporan dan juga menyiapkan kerja yang di hantar oleh Aryssa.
Jam menunjukkan satu tengahari.aryssa mengajak Ayu ke café untuk makan tengahari.Nampaknya Café penuh dengan pelanggan.Mereka duduk di sebuah meja yang kosong.Belum sempat Aryssa mahu memanggil pelayan,nasi goreng ayam dengan tembikai laici sudah di hidangkan di depannya.Hanya sengihan yang aryssa berikan pada Chef Zul.
“Makan Aryssa.nasib baik turun kalau tak saya dah hantar makanan ni kat atas.”
“Ayu punya tak ada ke?”Ayu ketawa.
“Kau punya jap lagi Lan hantarkan.Dia tengah menghias pinggan kot tu.Maklumlah kekasih hati punya makanan.”usik Chef Zul sambil memandang muka Ayu yang sudah merah.
Lan sampai lalu
meletakkan nasi ayam dan ais lemon tea.Dia sudah tahu apa kegemaran Ayu setiap
tengahari.
“Wah special Nampak.”Aryssa mahu menyakat Land dan Ayu.”
“tak ada specialnya.bukannya ada tambah apa-apa.Kuantiti sama je macam biasa.”
“Ayam tu yang besar dan banyak.Sayangnya Lan pada Ayu ye.so sweet and Romantik…”Aryssa ketawa termasuk Chef Zul yang makan bersama mereka.Lan duduk di sebelah kekasih hati untuk turut makan.
“Pakcik Zul,macam mana dengan chef baru tu.ok?”
“pakcik Nampak sekarang ni ok.Rajin dan Pandai bertanya kalau dia nak tahu sesuatu.Tak kekok dia buat kerja.Kau tahulah pakcik ni macam mana.Dia boleh tahan pula.Senyum sahaja walaupun Nampak dia tertekan.Pandai pula cipta resepi baru.Nanti pakcik suruh dia buat manisan terbaru dia untuk kamu.”
“Sedap tau,Cik Aryssa.Hari tu masa dia cuba buat kamilah yang testing.Wah,mengancam rasanya.Tak puas nak makan tau.Rasa nak lagi je.”Ayu memejamkan matanya seolah-olah mengingati rasa tersebut.
“Dah masuk dalam menu ke?”
“Belum lagi.Pakcik nak suruh kamu rasa dulu.”
“Ayu sebabkan saya tak sabar nak rasa.Pakcik suruhlah dia buat untuk petang ni.Boleh?”
“Ok.Nanti pakcik suruh dia buat.”
Sebaik sahaja Aryssa masuk ke pejabatnya,Chef Zul masuk ke dapur.Dia melihat Chef baru tersebut sedang makan bersama beberapa pembantu yang lain.
“Makan?”Sapa Aniza pembantu dapur pertama.
“Saya dah makan dengan Cik Aryssa dengan Ayu tadi.”
“Hayyan,boleh kamu buat manisan ciptaan kamu tu untuk petang ni?Cik Aryssa nak rasa.Kalau dia suka,mesti berpeluang masuk dalam menu utama.”
Hayyan tersedak.Segera dia mencapai air untuk di minum.Tekaknya terasa pedih.Cik Aryssa nak rasa?hilang seleranya untuk makan.Walaupun dia tidak pernah bertemu dengan Aryssa tapi dia tahu siapa Aryssa itu yang sebenar.Bos mereka.
Chef Zul tersenyum.Dia tahu hati Hayyan macam mana nak pecah.
“Buat perlahan-lahan.Cik Aryssa tu ok.”
“Saya buat sekaranglah.”
“Hayyan,makan dulu.”
“Dah tak boleh nak makan.Lebih baik saya mula buat sekarang.Nanti tak sempat nak siap.Cik Aryssa turun minum petang pukul lima kan.”
“aah..”
Hayyan membasuh pinggan makannya lalu memulakan resepi barunya.
Tepat pukul 4.45 petang manisan tersebut siap.Kek berpuding sira coklat.Di hias di atas pinggan.coklat masak yang telah di campur di dalam krin tadi di kacau dan terus di sira di atas kek berpuding tadi.Tepi pinggan di hias dengan beberapa potong buah-buahan.
Dada rasa mahu sahaja tercabut bila melihat jam yang telah menunjukkan angka lima.Bila-bila masa sahaja Cik Aryssa akan turun.Walaupun dah di tenangkan beberapa rakan tapi dadanya masih lagi berdebar-debar.
No comments:
Post a Comment