bab 3
Dada Hayyan berdebar-debar dengan kuat.kalau resepi itu menarik minat Cik Aryssa maka resepi itu akan masuk ke dalam menu petang yang utama.Dia benar-benar berharap sekali tapi layak ke dia.Yelah,diakan masih baru dalam dunia masakan ni.Malah kat resort ni pun baru sahaja dia sebuln kerja.Apa kata senior-senior yang lain.Selalunya orang ni di luar kata lain kat dalam lain.Risau dia.
Aryssa memandang menu yang berada di depannya.Terasa mahu sahaja dia terus makan tapi dia mahu juga menilai makanan tersebut.'ok susunan dah cantik.Decoration menarik.Rasa je tak pasti.buat masa sekarang beberapa faktor penarik dah lulus.
Kek di suap perlahan-lahan ke dalam mulut.Apabila masuk sahaja ke dalam mulut Aroma dan rasa yang sedap memenuhi rongga mulut Aryssa.Dia tersenyum.Hanya dalam beberapa minit sahaja kek di dalam pinggan itu selesai.Patutlah ketua chef dan beberapa Chef senior minta dia merasai kek itu.Peh..memang terbaik.Walaupun dia tak suka kek yang disaluti puding atau agar-agar tapi kali itu memang dia suka sangat.
"Pakcik,panggilkan En.Hayyan."Aryssa menanti.
Seorang lelaki yang berpakaian chef muncul bersama ketuanya.Aryssa memandang.Dihadapannya berdiri seorang lelaki yang kacak,berkulit putih melepak,Kepalanya di tutupi bendala,hidung cantik terletak dan bibir yang merah.
"Kamu yang buat kek ni?"Tanya Aryssa walaupun dia sudah tahu.
"Ya.saya yang buat.resepi sendiri."Hayyan tunduk.Dia tidak berani bertentang mata dengan Bosnya itu.Nampak macam tegas sahaja.Entah-entah macam bos perempuan yang lain tak?garang dan tegas.sempat lagi Hayyan bermonolog dalam hatinya.
Aryssa ketawa kecil melihat gelagat chef muda itu."Kamu takut dengan saya ke?Don't worry.saya tak makan orang.saya makan nasi.Daging yang saya makan pun hanya yang halal dalam islam jadi daging manusia tak ada dalam senarai."
Hayyan tersenyum.Dia mendongakkan kepalanya.Aryssa membalas senyuman itu.
"Cik rasa macam mana dengan resepi tu?"
"Sedap sangat.Saya suka dengan rasa yang istimewa tu.Lepas ni bolehlah kamu buat kek tu untuk menu utama.Kamu juga kena buat tuk saya bila saya minum petang kat sini.Sabtu dan Ahad sahaja.I love your cake.So delicious.Congrat.."Aryssa bangun lalu menundukkan sedikit badannya.Hayyan membalas.
Di dapur beberpa chef senior mengucapkan tahniah.Terasa gembira dengan junior mereka.Hayyan mengusap wajahnya selepas membaca doa syukur pada yang esa.Dia terus menghubungi ibunya.Memberitahu perkara yang gembira itu.
Hari ini Aryssa rasa malas untuk ke tempat kerjanya.Lagi-lagi hendak bertemu dengan mat salleh celup itu.Sakit hatinya.bayanglah,Awal pagi lagi dah kena mengadap muka Si Rayyan tu.Menyampah sangat-sangat.
Mesyuarat bermula pukul 10 pagi dengan membentangkan kerja minggu lalu.Aryssa membentangkan kewangan yang di guna pakai sepanjang seminggu itu.Dia juga menerangkan susut dan naik keuntungan dalam saham.Rayyan hanya memandang fail di hadapannya.Tiada sebarang kesalahan walaupun satu.Nampaknya gadis di hadapannya memang hebat dalam kerjanya.betullah kata pekerja yang lain bahawa Aryssa cerewet dalam membuat kerja.Mahu sempurna.
Mesyuarat tamat.Aryssa melepaskan nafas lega.Nasib baik Mat Salleh celup itu tidak membuat hal di bilik mesyuarat.Aryssa terus melangkah ke dalam pejabatnya.Duduk dan terus menyandar.Gambar Arwah Andrian di meja di tatap lama.Ya,dia masih rindu pada lelaki itu.Cinta sangat-sangat.Tiada siapa dapat menggantikan lelaki itu dalam hatinya.
Harta yang di tinggalkan lelaki itu di jaga dengan baik.penuh kasih.Keuntungan resort sebahagiannya di derma menggunakan nama arwah Andrian.Semua pekerja resort menyokong tindakannya itu.Doa buat Arwah Andrian di bacanya.Muka di usap perlahan.
Kerja yang berlambak di buat dengan tenang.Dia mahu siapkan separuh untuk hari ini.Esok akan ada fail yang baru yang perlu perhatiannya.
Rayyan melalui pejabat Aryssa.dia memandang ke dalam.gadis yang menjadi musuhnya kelihatan kusyuk membuat kerja di mejanya.Kepala pun hampir mengenai meja.Jam rolex di kerlingnya.Sudah pukul Satu tengahari.Tak makan ke perempuan ni.
Rayyan menegur Azuan.Lelaki itu sahabat dan merangkap telinga dia.Duduk di hadapan Azuan membuatkan azuan memandang.
"Kau duduk kenapa.Kata nak makan.Jomlah."Ajak Azuan sambil memandang Rayyan.
"Kau tahu tak esok Ryian akan mula kerja kat sini.Jadi Pengarah Bahagian kewangan?"
"Tahu.Ayah aku ada beritahu minggu lalu.Kenapa?"
"Keadaan dia sekarang ni boleh ke dia kerja dengan tekanan.Selepas dia terlibat dalam nahas kapal terbang dulu kan dia ada tekanan. besar selepas dia sedar dari koma.hilang ingatan."
"Diakan dah semakin pulih.Aku rasa dia ok nanti."
"Aku risau sebab diakan kawan baik aku sejak kecil dulu."
"Kita sokong sahaja dia nanti.Tolong dia sikit-sikit."
"oklah macam tu.buat apa aku risau sangat sebab dia lelakikan.Jomlah kita makan.Nanti rehat habis."Rayyan bangun dari kerusi lalu menapak keluar.
No comments:
Post a Comment