Tuesday, 11 September 2012

An-Nur Bab 8


Bab 8

     Hawa duduk diberanda rumahnya sambil membaca.puan aminah duduk di sebelah anaknya.wajah mulus hawa di tatap lama.dia sejuk bila memandang wajah gadis tersebut.walaupun bukan anak kandung hanya sekadar anak susuan tapi sayangnya pada hawa tinggi.
     “hawa tak jenguk mama dan papa hawa ke?”
     “belum lagi.minggu depan baru hawa nak ke sana.kenapa mak?”
     “tak ada apa.saja mak Tanya.”
     Hawa tersenyum.dia menyambung pembacaannya.
     “mak nak Tanya sikit boleh?”
     “apa dia mak.tanya sahajalah.tak payah minta kebenaran.”
     “kamu kata nak sambung phd.bilanya?”
     “tengok dalam tahun depanlah mak.lagipun bukan dekat.amerika sana tu.hawa pun masih belum dapat rasa dengan puas bahang panas Malaysia ni lagipun hawa nak rehatkan otak hawa yang segala urat saraf tengah terbelit.lerai-leraikan dulu yang tersimpul.”
     Puan aminah ketawa mendengar kata anaknya.dia gembira hawa pulang ke Malaysia kembali bukannya meneruskan pengajiannya.hakikatnya rindu pada hawa sepanjang 5 tahun gadis tersebut ke sana memang kuat.biarlah hawa berehat panjang agar rindunya berbalas.
     “mak,ayah kemana?pagi-pagi lagi dah hilang.”hawa meletakkan buku yang dibaca di atas meja.
     “mana lagi.memancinglah.”
     “seorang je ke?”
     “dengan kawan katanya.petang-petang sikit nanti baliklah tu.sambunglah baca tu.mak nak ke dapur.nak buat goreng cempedak kejap.”
     “tak apalah.biar hawa buat.mak rehat.”
     Hawa menapak ke dapur.dia melihat cempedak sudah siap di kupas didalam besen atas meja.dia lantas mengambil tepung dan di bancuh cair.letakkan sedikit garam dan kunyit agar bila masak nanti warna cempedak goreng tersebut kelihatan kekuningan.
     Lagi sekali haikal mendengar alunan ayat suci al-quran pada malam itu.dia mendengar lunaknya suara tersebut.dia tersenyum.hawa.ya,itu suara hawa.suara gadis yang mahu dia dapatkan.suara gadis yang dia mahu genggam dalam tangannya.dia tersengih sendiri.sinis sekali di pandang.
     Sengihannya hilang tiba-tiba.dia teringat peristiwa petang tadi.dia ternampak hawa bersama beberapa kanak-kanak di bawah pokok yang rendang.mereka duduk di situ menghadap hawa.dia turut serta hanya kerana hawa.
     “kak hawa,ceritalah lagi kisah minggu lalu tu.tak puaslah nak dengar.”
     “baiklah.akak cerita tapi kisah lain ye.”
     “tak kisahlah janji kak hawa cerita.”
     “ingat lagi tak minggu lalu kita cerita kisah nabi apa?”
     “Nabi Ismail As dan Nabi Ishak As.”
     “minggu ni siapa tahu?”
     “Nabi Lut As.”serentak kanak-kanak tersebut menjerit.
     Haikal malas mahu mendengar tapi sebabkan mahu mendapatkan Hawa dia terpaksa menadah telinga untuk mendengar cerita yang bakal keluar dari bibir gadis itu.
     “Nabi Lut As ialah anak saudara kepada Nabi Ibrahim As.semasa kecilnya Nabi Lut As selalu membantu Nabi Ibrahim As dalam bidang perternakan.binatang ternakan berkembang biak sehingga dalam waktu yang singkat sahaja binatang ternakan tersebut berlipat kali ganda jumlahnya.di sebabkan hal tersebut maka perkongsian tersebut terpecahlah kepada dua dengan sama rata.terpisahlah Nabi Lut As dengan Nabi Ibrahim As dan berpindah ke Jordan di daerah bernama Sadum .
     “nak tahu macam mana orang-orang sedum tak?”
     “nak.!!”jerit semua kanak-kanak tersebut.
     “penduduk kota sedum ni terlalu teruk sikap moral mereka.tidak mempunyai pegangan agama atau nilai kemanusiaan yang bertamadun.mereka hidup dalam maksiat dan kemungkaran.”
     “rampasan dan kecurian adalah kerja mereka.yang kuat berkuasa dan lemah selalu jadi mangsa yang kuat ni.mereka buat maksiat dengan terbuka.arak adalah minuman harian mereka.yang paling menjijikkan ialah mereka mengamalkan hubungan sejenis dimana lelaki dengan lelaki manakala wanita dengan wanita.zaman sekarang ni kata cinta sejenis.itulah tradisi dan dah jadi budaya penduduk kota sadum tu.”

     “kalau ada yang melalui kota sedum tu pasti barangan yang berharga di rampas manakala lelaki lelaki kacak atau wanita-wanita cantik akan menjadi rebutan dan menjadi mangsa buatan keji penduduk kat situ.”
     “akibat dari kerosakan moral penduduk kota sadum tu maka Allah swt telah mengutuskan Nabi Luth ke dalam penduduk di situ.Nabi Luth menyampaikan dakwahnya dan meminta penduduk bertaubat atas segala buatan mereka.Dia memberitahu pada penduduk sadum tu kewujudan Allah dan memberitahu juga Allah yang mencipta semua manusia dan Allah swt tidak meredhai perbuatan terkutuk mereka itu.”
     “diorang dengar tak,kak hawa?”Faizal yang paling kecil antara kanak-kanak tersebut bertanya.hawa tersenyum kecil.dia tahu mereka semua tidak sabar mendengar apa yang bakal berlaku seterusnya.
     “Adik Faizal rasa?”hawa bertanya pada si kecil tersebut.
     “tak…dengar apa yang Nabi Lut kata.”Faizal takut-takut menjawap.takut jawapannya salah.nanti dia bakal di ketawakan rakan-rakannya.
     “betul jawapan adik faizal tu.”
     Faizal tersenyum lega.tak sangka jawapannya betul.dia bangga bila jawapannya itu betul.
     “Nabi Lut As menyeru mereka agar meninggalkan perbuatan terkutuk mereka itu dan juga menghormati hak milik orang lain.baginda juga memberitahu perbuatan mereka merugikan mereka sendiri tapi kerana keruntuhan akhlak dan moral telah bersebati dalam jiwa dan dan berakar umbi di dalam hati ayat-ayat Nabi Lut tidak di endah dan dipandang negative.
     “kaum sadum merasa jemu dan meminta Nabi Lut berhenti dari dakwahnya atau bakal dihalau dari kota sadum tersebut.Baginda terfikir segala usaha untuk menyedarkan kaum sadum tersebut hanya sia-sia sahaja.akhirnya selepas banyak hadapi cabaran dalam dakwahnya,Nabi Lut berdoa kepada Allah agar turunkanlah bala pada kaum sadum tersebut agar boleh menjadi ikhtibar pada generasi yang akan datang.”
     “ingat tak masa akak ceritakan tentang kisah Nabi Ibrahim dulu,ada malaikat datang bertemu nabi Ibrahim menyampaikan berita kelahiran Nabi Ishak.anak Nabi Ibrahim .”
     “ingat.”semua kanak-kanak tersebut lagi sekali menjerit.
     Haikal ingin tahu apa yang berlaku.dia jujur yang dia tak tahu kisah tersebut.mungkin ada belajar di sekolah tapi dia tak pernah ambil tahu apa yang ustaz ajar dihadapan.itulah akibatnya.
     “semasa malaikat bertemu dengan Nabi Ibrahim,malaikat juga menyampaikan bala yang bakal belanda kota sadum.Nabi Ibrahim memohon agar anak saudaranya,Nabi Lut as di selamatkan dari bala tersebut.”
     “malaikat-malaikat tersebut menyamar sebagai remaja yang berparas kacak serta bertubuh tegap.mereka bertemu dengan seorang gadis yang sedang mengambil air di sebuah perigi.para malaikat tersebut meminta gadis itu menerima mereka sebagai tetamu di rumahnya.gadis yang di temui tidak berani membuat keputusan lalu meminta diri untuk bertanya pada ayahnya.”
     “adik-adik tahu tak siapa gadis tu?”
     “tak tahu,kak hawa.”
     “gadis yang ambil air tu sebenarnya anak kepada Nabi Lut.dia pulang lalu memberitahu ayahnya kedatangan pemuda kacak itu.baginda risau tentang berita yang di sampaikan anaknya tapi untuk menolak musafir adalah buatan yang tidak manis.”
     “baiklah adik-adik kita sambung lain kali.insyaallah kak hawa akan cerita lagi.dah pukul berapa ni.nanti mak adik-adik marah.”
     “ala kak hawa sambung je lah.”
     “tak apa.nanti kak hawa sambung lagi.akak kena balik ni.kejap lagikan nak ke surau.dah pergi balik.”
     “Yelah kak hawa.kita baliklah.”
         Haikal memandang semua kanak-kanak itu beredar.dalam hatinya dia ingin tahu kisah selanjutnya.
     Lamunan peristiwa petang tadi terganggu akibat laungan neneknya.dia keluar dari bilik lalu ke dapur.neneknya mengajak dia untuk makan malam.”
     Semasa duduk di ruang tamu,haikal ingin bertanya pada atuknya tentang kisah Nabi Lut tapi dia tidak berani kerana atuknya leka membaca buku.niatnya dipendamkan sahaja sedangkan hatinya meronta-ronta ingin tahu.
    


No comments:

Post a Comment