Thursday, 6 September 2012

Sesuci Aryssa bab 1


BAB 1

     Aryssa mengejar seseorang yang berada di hadapannya.sudah lama dia mengejar tapi masih tidak dapat menggapai si punya diri.Pelik.Kenapa dia tidak merasa kepenatan malah dia tidak berpeluh.Tubuhnya masih lagi segar tanpa sedikit pun lelah.
    
     Bayangan lelaki dalam kabus di tatap lama.Dia ingin tahu siapa punya diri itu.Aryssa cuba memanggil tapi suaranya tidak dapat untuk di keluarkan.kini dia terduduk di atas lantai yang sejuk.menangis teresak-esak.Itu sahaja yang mampu di lakukan saat itu.
    
     “Aryssa,kamu kena kuat.jangan macam ni.”
   
     Suara lelaki di hadapannya bergema.Dia kenal suara itu.Ya,dia benar-benar kenal.
    
     “Saya tak mampu.saya benar-benar tak mampu.Andrian,jangan tinggalkan saya lagi.Please balik dengan saya.please..!!!”Aryssa meraung sambil tangannya cuba menggapai lelaki di dalam kabus itu.
    
     “Saya tak boleh,ryssa.tak boleh.Kamu kena kuat.Hidup macam ni tak guna.kalau masih sayang dan cintakan saya,tolong kuatkan diri kamu dan cari balik semangat yang ada dalam diri kamu.Ryssa,walaupun saya tak ada bersama kamu tapi saya ada dalam diri kamu dan paling penting sekali ALLAH ada di sisi kamu.”
  
        “Tapi….”
    
       “Selawat dan berzikir pada Dia.Kalau kerinduan makin kuat pada saya,berzikir dan sujud pada Dia agar kamu tenang.jangan jadi macam ni.seksa saya.saya rasa benar-benar terseksa bila kamu buat macam ni.”
     
     Aryssa menahan sendu.Dia terpukul dengan kata-kata Andrian.Dia sebabkan Andrian terseksa dengan sikapnya.Apa dia dah buat?
   
      “Aryssa,bangun dan mula langkah baru.Kalau kita tak bersatu di sini suatu hari nanti doakan selalu agar kita bersatu di Akhirat nanti.Ryssa,saya sayang sangat pada kamu tapi mungkin sayang Allah lebih kuat.”
    
      “Andrian,saya minta maaf.minta maaf banyak-banyak.”
     
   “kamu tak salah pun pada saya.Segala kesalahan kamu pada saya dah awal-awal lagi saya dah maafkan.Baliklah dan minta maaf pada orang yang menyayangi kamu.Mak , ayah ,abang-abang kamu dan sahabat handai yang terlalu risaukan kamu.Pulang sekarang dan jangan buat perkara bodoh lagi.”
     
      “Ryssa janji,Andrian.Ryssa akan hidup dengan baik-baik.Segala yang kamu tinggalkan,Ryssa akan jaga dengan baik.Jangan bimbang.”
    
     Aryssa bangun untuk berlalu.Dia sempat memandang kembali ke belakang.Wajah andrian tersenyum manis memandang.Senyuman terakhir Aryssa hadiahkan.
    
     “Moga kita boleh bertemu lagi.Jaga diri.”
     Bayangan Andrian hilang.Aryssa berlalu dan kedengaran sayup-sayup suara yang memanggil namanya.


Lima tahun berlalu…………….

     Fail ditangan di hempas ke meja.hati Aryssa benar-benar marah.Mesti pekerja di unit kewangan itu kecut dan takut.Tak angkat muka dari tatap fail bila pengurus bahagian itu masuk dengan muka yang masam.
     
     “kenapa ni?”Fiza masuk lantas menghulurkan air buat sahabat yang tengah marah.
     
     “Apa lagi.Sakit hatilah aku dengan mat salleh celup tu.Ada je hal dengan dia.Asyik-asyik nak sindir-sindir aku.Geram betullah.”
    
     “Mat salleh celup kau panggil pengurus besar kita tu.ha..ha..ha..lawaklah.”
     
   “gelak..gelak..ni kenapa masuk ke bilik aku ni?dah tak ada kerja.kalau tak ada meh sini tolong aku selesaikan semua fail yang berlambak ni.Nanti ada pula yang menyindir lagi.”
     
     “ala..aku nak tenangkan kau je.senang-senang kau berhenti aja dari syarikat ni lepas tu pergi jaga resort Arwah Andrian tu.Resort tu dah jadi milik kau.Oklah ada kerja aku nak buat.kau semak jelah fail atas meja kau tu.aku keluar dulu.Sambung kat rumah nanti kalau nak berbual.”
     
     Aryssa membuka fail di atas meja tapi mindanya pada ayat Fiza.Resort peninggalan Arwah Andrian memang dah jadi milik dia.Dia hanya ke sana setiap sabtu dan ahad.Hari biasa En.helmi dan Ustaz Balhaiqi akan menguruskan.
   
       Keluhan di lepaskan.Mata tertacap pada fail dan memulakan kerjanya.

No comments:

Post a Comment