Bab
8
Hawa duduk diberanda rumahnya sambil
membaca.puan aminah duduk di sebelah anaknya.wajah mulus hawa di tatap lama.dia
sejuk bila memandang wajah gadis tersebut.walaupun bukan anak kandung hanya
sekadar anak susuan tapi sayangnya pada hawa tinggi.
“hawa tak jenguk mama dan papa hawa ke?”
“belum lagi.minggu depan baru hawa nak ke
sana.kenapa mak?”
“tak ada apa.saja mak Tanya.”
Hawa tersenyum.dia menyambung
pembacaannya.
“mak nak Tanya sikit boleh?”
“apa dia mak.tanya sahajalah.tak payah
minta kebenaran.”
“kamu kata nak sambung phd.bilanya?”
“tengok dalam tahun depanlah mak.lagipun
bukan dekat.amerika sana tu.hawa pun masih belum dapat rasa dengan puas bahang
panas Malaysia ni lagipun hawa nak rehatkan otak hawa yang segala urat saraf
tengah terbelit.lerai-leraikan dulu yang tersimpul.”
Puan aminah ketawa mendengar kata
anaknya.dia gembira hawa pulang ke Malaysia kembali bukannya meneruskan
pengajiannya.hakikatnya rindu pada hawa sepanjang 5 tahun gadis tersebut ke
sana memang kuat.biarlah hawa berehat panjang agar rindunya berbalas.
“mak,ayah kemana?pagi-pagi lagi dah
hilang.”hawa meletakkan buku yang dibaca di atas meja.
“mana lagi.memancinglah.”
“seorang je ke?”
“dengan kawan katanya.petang-petang sikit
nanti baliklah tu.sambunglah baca tu.mak nak ke dapur.nak buat goreng cempedak
kejap.”
“tak apalah.biar hawa buat.mak rehat.”
Hawa
menapak ke dapur.dia melihat cempedak sudah siap di kupas didalam besen atas
meja.dia lantas mengambil tepung dan di bancuh cair.letakkan sedikit garam dan
kunyit agar bila masak nanti warna cempedak goreng tersebut kelihatan
kekuningan.
Lagi sekali haikal mendengar alunan ayat
suci al-quran pada malam itu.dia mendengar lunaknya suara tersebut.dia
tersenyum.hawa.ya,itu suara hawa.suara gadis yang mahu dia dapatkan.suara gadis
yang dia mahu genggam dalam tangannya.dia tersengih sendiri.sinis sekali di
pandang.
Sengihannya hilang tiba-tiba.dia teringat
peristiwa petang tadi.dia ternampak hawa bersama beberapa kanak-kanak di bawah
pokok yang rendang.mereka duduk di situ menghadap hawa.dia turut serta hanya
kerana hawa.
“kak hawa,ceritalah lagi kisah minggu lalu
tu.tak puaslah nak dengar.”
“baiklah.akak cerita tapi kisah lain ye.”
“tak kisahlah janji kak hawa cerita.”
“ingat
lagi tak minggu lalu kita cerita kisah nabi apa?”
“Nabi
Ismail As dan Nabi Ishak As.”
“minggu
ni siapa tahu?”
“Nabi Lut
As.”serentak kanak-kanak tersebut menjerit.
Haikal malas mahu mendengar tapi sebabkan
mahu mendapatkan Hawa dia terpaksa menadah telinga untuk mendengar cerita yang
bakal keluar dari bibir gadis itu.
“Nabi Lut As ialah anak saudara kepada
Nabi Ibrahim As.semasa kecilnya Nabi Lut As selalu membantu Nabi Ibrahim As
dalam bidang perternakan.binatang ternakan berkembang biak sehingga dalam waktu
yang singkat sahaja binatang ternakan tersebut berlipat kali ganda jumlahnya.di
sebabkan hal tersebut maka perkongsian tersebut terpecahlah kepada dua dengan
sama rata.terpisahlah Nabi Lut As dengan Nabi Ibrahim As dan berpindah ke
Jordan di daerah bernama Sadum .
“nak tahu macam mana orang-orang sedum
tak?”
“nak.!!”jerit semua kanak-kanak tersebut.
“penduduk kota sedum ni terlalu teruk
sikap moral mereka.tidak mempunyai pegangan agama atau nilai kemanusiaan yang
bertamadun.mereka hidup dalam maksiat dan kemungkaran.”
“rampasan dan kecurian adalah kerja
mereka.yang kuat berkuasa dan lemah selalu jadi mangsa yang kuat ni.mereka buat
maksiat dengan terbuka.arak adalah minuman harian mereka.yang paling
menjijikkan ialah mereka mengamalkan hubungan sejenis dimana lelaki dengan
lelaki manakala wanita dengan wanita.zaman sekarang ni kata cinta
sejenis.itulah tradisi dan dah jadi budaya penduduk kota sadum tu.”
“kalau ada yang melalui kota sedum tu
pasti barangan yang berharga di rampas manakala lelaki lelaki kacak atau
wanita-wanita cantik akan menjadi rebutan dan menjadi mangsa buatan keji
penduduk kat situ.”
“akibat dari kerosakan moral penduduk kota
sadum tu maka Allah swt telah mengutuskan Nabi Luth ke dalam penduduk di
situ.Nabi Luth menyampaikan dakwahnya dan meminta penduduk bertaubat atas
segala buatan mereka.Dia memberitahu pada penduduk sadum tu kewujudan Allah dan
memberitahu juga Allah yang mencipta semua manusia dan Allah swt tidak meredhai
perbuatan terkutuk mereka itu.”
“diorang dengar tak,kak hawa?”Faizal yang
paling kecil antara kanak-kanak tersebut bertanya.hawa tersenyum kecil.dia tahu
mereka semua tidak sabar mendengar apa yang bakal berlaku seterusnya.
“Adik Faizal rasa?”hawa bertanya pada si
kecil tersebut.
“tak…dengar apa yang Nabi Lut kata.”Faizal
takut-takut menjawap.takut jawapannya salah.nanti dia bakal di ketawakan
rakan-rakannya.
“betul jawapan adik faizal tu.”
Faizal tersenyum lega.tak sangka
jawapannya betul.dia bangga bila jawapannya itu betul.
“Nabi Lut As menyeru mereka agar
meninggalkan perbuatan terkutuk mereka itu dan juga menghormati hak milik orang
lain.baginda juga memberitahu perbuatan mereka merugikan mereka sendiri tapi
kerana keruntuhan akhlak dan moral telah bersebati dalam jiwa dan dan berakar
umbi di dalam hati ayat-ayat Nabi Lut tidak di endah dan dipandang negative.
“kaum sadum merasa jemu dan meminta Nabi
Lut berhenti dari dakwahnya atau bakal dihalau dari kota sadum tersebut.Baginda
terfikir segala usaha untuk menyedarkan kaum sadum tersebut hanya sia-sia
sahaja.akhirnya selepas banyak hadapi cabaran dalam dakwahnya,Nabi Lut berdoa
kepada Allah agar turunkanlah bala pada kaum sadum tersebut agar boleh menjadi
ikhtibar pada generasi yang akan datang.”
“ingat tak masa akak ceritakan tentang
kisah Nabi Ibrahim dulu,ada malaikat datang bertemu nabi Ibrahim menyampaikan
berita kelahiran Nabi Ishak.anak Nabi Ibrahim .”
“ingat.”semua kanak-kanak tersebut lagi
sekali menjerit.
Haikal ingin tahu apa yang berlaku.dia
jujur yang dia tak tahu kisah tersebut.mungkin ada belajar di sekolah tapi dia
tak pernah ambil tahu apa yang ustaz ajar dihadapan.itulah akibatnya.
“semasa malaikat bertemu dengan Nabi
Ibrahim,malaikat juga menyampaikan bala yang bakal belanda kota sadum.Nabi Ibrahim
memohon agar anak saudaranya,Nabi Lut as di selamatkan dari bala tersebut.”
“malaikat-malaikat tersebut menyamar
sebagai remaja yang berparas kacak serta bertubuh tegap.mereka bertemu dengan
seorang gadis yang sedang mengambil air di sebuah perigi.para malaikat tersebut
meminta gadis itu menerima mereka sebagai tetamu di rumahnya.gadis yang di
temui tidak berani membuat keputusan lalu meminta diri untuk bertanya pada
ayahnya.”
“adik-adik tahu tak siapa gadis tu?”
“tak tahu,kak hawa.”
“gadis yang ambil air tu sebenarnya anak kepada Nabi Lut.dia pulang lalu
memberitahu ayahnya kedatangan pemuda kacak itu.baginda risau tentang berita
yang di sampaikan anaknya tapi untuk menolak musafir adalah buatan yang tidak
manis.”
“baiklah adik-adik kita sambung lain
kali.insyaallah kak hawa akan cerita lagi.dah pukul berapa ni.nanti mak
adik-adik marah.”
“ala kak hawa sambung je lah.”
“tak apa.nanti kak hawa sambung lagi.akak
kena balik ni.kejap lagikan nak ke surau.dah pergi balik.”
“Yelah kak hawa.kita baliklah.”
Haikal memandang semua kanak-kanak itu
beredar.dalam hatinya dia ingin tahu kisah selanjutnya.
Lamunan peristiwa petang tadi terganggu
akibat laungan neneknya.dia keluar dari bilik lalu ke dapur.neneknya mengajak
dia untuk makan malam.”
Semasa duduk di ruang tamu,haikal ingin
bertanya pada atuknya tentang kisah Nabi Lut tapi dia tidak berani kerana
atuknya leka membaca buku.niatnya dipendamkan sahaja sedangkan hatinya
meronta-ronta ingin tahu.