Tuesday, 11 September 2012

An-Nur Bab 6


Bab 6
     Hari minggu membosankan haikal.dia baring di atas katil.awal-awal lagi atuk sudah keluar.pergi kemana dia sendiri tidak tahu.kereta dan motor atuknya tersadai di garaj menandakan atuknya pergi dengan seseorang.
     Nenek pula sedang duduk membaca buku di ruang tamu.dia mahu keluar.dia tidak sanggup berkurung di rumah.di rasakan sudah lama dia di kampung tersebut.rupanya baru sahaja 2 minggu.kerja di kilang semakin bertambah.beberapa pekerja mula menerima kehadirannya.
     Pekerja-pekerja perempuan pula tersengih-sengih memandangnya.macamlah dia akan terpikat dengan mereka semua.no way.bukan taste dia la.
     “nek.haikal keluar jap.mungkin lambat sikit balik.”
     “nak kemana?”
     “Bandar sebelah jap.nak beli barang sikit.”
     “yelah..”
     Haikal memandu dengan agak laju.terasa dia mahu terbang sahaja bertemu dengan rakan-rakannya malah mahu bertemu dengan sofea.
     2 jam perjalanan,haikal sampai di rumah andrian.terasa penat memandu.dia duduk di sofa yang empuk.andrian hanya ketawa.
     “laju kau memandu kal?”
     “yelah tu.”
     Semua rakannya sampai sambil membawa teman masing-masing.walaupun tidak ke kelab,haikal membalas dendam dengan meneguk arak yang di rinduinya.sofea menuangkan minuman tersebut lagi di cawannya.dengan rakusnya dia meneguk lagi untuk entah cawan yang keberapa.
     Haikal terasa kepalanya mahu pecah.deringan telefon mengejutkannya.dia memandang skrin.nama atuknya tertera.dia bingkas bangun.di jawapnya.
     “haikal dekat rumah kawan.kejap lagi haikal balik.”
Sebaik sahaja dia menamatkan panggilan tersebut dia baring.sofea di pandang.gadis tersebut sedang lena.dia mencapai baju-baju di lantai lalu di pakai.wajahnya di bersihkan lalu beredar keluar.
Boleh dikatakan ada parti liar di rumah tersebut.dia membuka pintu kereta lalu beredar.dari suara atuknya.dia yakin orang tua tersebut sedang menahan marah.
      Sebaik sahaja masuk ke ruang tamu rumah atuknya,haikal terus di tampar dengan kuat.
      “apa nak jadi dengan kamu ni?pergi mana semalam?”
     “rumah kawan.”
     “rumah kawan?ni bau arak ni kenapa.ya,Allah.apa nak jadi dengan kau ni haikal.”
     Haikal masih diam.dia terkejut bila atuknya mengambil rotan lalu memukulnya.dia menahan kesakitan bila tubuhnya di balun oleh atuknya.terasa perit di kulit bila rotan tersebut menjamah tubuh.
     En.zakaria berhenti bila bahunya di pegang isteri tercinta.dia benar-benar kecewa dengan tindakan cucunya.
     “apa nak jadi dengan kau ni haikal.dah besar panjang kamu masih bodoh nak menilai mana satu benda baik dengan benda yang tak elok.mana otak kamu.otak kamu dekat kepala tu kamu guna buat apa?”
     “perangai macam binatang.haikal,kamu datang ke sini ikut arahan ayah kamu tu semata-mata nak harta sahaja ke?atuk nak Tanya,kalau kamu dapat harta ayah kamu tu,kamu nak buat apa?nak buat macam mana?”
     “haikal akan jaga harta tu.haikal nak kembangkan syarikat tu jadi lebih ternama dari sekarang.”jawap haikal perlahan.dia tidak mahu memandang wajah atuknya.gerun.dia ketakutan sekarang.
     “huh..jaga dan nak kembangkan konon.dengan perangai kau sekarang ni bukan kembangkan lagi perniagaan tu tapi entah-entah tergadai sebab sikap kau sekarang ni.berjoli,arak,kaki perempuan.syarikat terbiar dan bankrap.habis-habis semua tergadai sebab nak bagi kat perempuan.”
     “haikal.tak akan buat macam tu.”
     “haikal,kamu nak harta ayah kamu tu tapi kamu tak akan mampu jaga.dah la haikal lebih baik harta tu jatuh pada kebajikan atau anak yatim dari tergadai di tangan kau.ayah kau susah nak cari harta tu.bersengkang mata dan terpaksa jauh dari keluarga demi kumpul harta agar hidup kau senang tapi kalau sikap kau macam ni sia-sia sahaja usaha dia selama ni sebab dengan perangai liar kau,harta tu bakal tergadai macam tu sahaja.”
     En.zakaria beredar selepas apa yang mahu dikatakan pada haikal terluah.dia kecewa dengan cucunya.dahlah..dia malas mahu fikir lagi apa-apa untuk hari ini.

No comments:

Post a Comment