Bab
5
Baru sahaja seminggu di kampung,haikal
seolah-olah menderita mentalnya.dia bosan malah dia rindukan kehidupan malamnya
di Bandar.di kilang,dia tahu tiada siapa yang menyukainya malah memandang
rendah padanya.
Datuknya asyik membebel itu dan
ini.semuanya salah.bangun lambat marah,tengok televisyen pun marah,boleh
dikatakan semuanya salah apa yang di buatnya.balik sahaja dari kilang diajaknya
ke kebun.dahla banyak nyamuk.mahu sahaja haikal pulang ke Bandar.kena pecat pun
taka pa tapi bagaimana kalau ayah kotakan janji bahawa segala harta akan di
dermakan pada kebajikan.bagaimana hidupnya nanti.
Tengku sofea?jangan harap.pasti cabut
dulu.dia sebenarnya tahu sofea hanya tergila-gilakan harta dia sahaja tapi
sebabkan cantik dan model terkenal dia tak kisah.sofea dapat duitnya,dia pula
dapat segala yang ada pada gadis itu.adilkan.haikal tersenyum sendiri.baginya
sofea gadis yang bodoh.
…………………………………………………
…………………………………………………………………………………
“haikal,temankan atuk ke kebun.atuk nak
ambil jantung pisang.boleh rebus makan dengan sambal belacan.tak pun boleh buat
gulai dengan ikan masin.”
“sekarang ke tuk?”
“taklah,tahun depan kita pergi.”
Haikal bangun.dia gerun melihat wajah datuk
yang telah berubah akibat soalannya tadi.dia sebenarnya malas mahu ke
mana-mana.
“kejap tuk,haikal nak tukar baju.”
Beberapa minit kemudian,dia muncul dan
terus memandu kereta atuknya menuju ke kebun.kereta dia..jangan harap nak bawa
ke tempat macam tu.habis rosak kereta mewah tersebut nanti.
Hampir dua jam di situ.haikal sudah tidak
tahan.tangannya merah-merah di gigit nyamuk.mahu sahaja dia tinggalkan datuknya
di situ dan balik.tapi nak mampus.rasanya kalaulah dia berani buat pasti mati
kena belasah dengan en.zakaria yang garang macam singa itu.
“dah,jom balik.tolong bawa pisang
ni.”en.zakaria menghulurkan setandan pisang kepada cucunya.
Haikal was-was mahu mengambilnya tapi
melihat sahaja tenungan datuknya dia segera mengambil lalu di bawa ke
kereta.habis tangannya bergetah.dia tidak selesa.kereta di pandu dengan
berhati-hati.jalan kampung manalah elok.berlubang sana sini.
“kenapa pihak jkr tak turap balik jalan
yang berlubang-lubang tu tuk?”
“entahlah.mungkin nak tunggu ada yang mati
baru nak turap kot.orang kampung dah buat aduan tapi senyap sahaja.”
Haikal diam.dia teruskan pemanduan.sekali
sekala dia berhenti kerana kanak-kanak di situ bebas bermain di jalan
seolah-olah tempat mainan mereka sahaja.mana ibu bapa mereka semasa anak-anak
bermain di jalan.tak sayang anak ke orang kampung ni.
“haikal,berhenti dekat kedai depan tu.nak
beli santan.”
Tanpa menjawap,haikal menghentikan
keretanya di depan kedai.en.zakaria keluar lalu menuju ke kedai tersebut.sedang
leka menghantar mesej,mata haikal tertangkap pada tubuh seorang gadis.dada
haikal bergetar.
Gadis yang memakai baju kurung kedah dan
berkain batik berselendang putih di pandang lama.ya,gadis paling cantik yang
pernah di jumpainya.kalah tengku sofea.kalau masuk jadi model pasti boleh
menang.kalah miss universe.
“kenapa tengok perempuan macam nak telan
saja.”en.zakaria menegur cucunya.
Haikal tersentak.bila datuknya masuk ke
dalam kereta.tak perasan pula.
“siapa tu tuk?tak pernah Nampak pun.”
“berkenan ke?”
“orang Tanya sajelah.”
“hawa.kalau suka pendam je ye.kamu tu tak
layak buat si hawa tu.jauh panggang dari api.sampai bila-bila pun tak akan
padan.dia tu perempuan baik.hanya layak buat lelaki yang baik sahaja.”
Haikal terkejut ayat atuknya.jahat sangat ke
aku ni.haikal melepaskan keluhan kecil.memang sahlah aku ni teruk.nak Tanya
lagi pula.atuk pun satu orang Tanya sahaja.
En.zakaria melihat wajah cucunya berubah
kelat.dia tersenyum dalam hati.padan muka.dia yakin haikal terpikat dengan
kejelitaan hawa.dia kata begitu tadi untuk mencabar haikal.
Sebaik
sahaja makan malam,haikal duduk di bilik.dia lega kerana kampung tersebut boleh
menerima line internet.dia membuka facebooknya.beberapa mesej di baca.semuanya
dari rakan-rakannya.beberapa rakannya online termasuk sofea.
< andrian> macam mana dengan
kampung???????
<haikal> teruk…..!!!!!tak boleh buat apa-apa…
<megat > aku kesian dengan kau.sabarlah ye…enam bulan
tu pejam celik je..
<andrian> ada jumpa perempuan yang
cantik kat sana?”
<haikal> mana ada.seorang pun tak ada..
Haikal
teringat hawa.ya,dia gadis yang cantik tapi takkan nak beritahu dua sahabat
tu.mampus kalau diorang datang nak tengok.
<sofea> hai…sayang.bosanlah sayang tak ada.rindu
sangat.
<haikal> sayang pun rindu dekat ayang.rasa nak peluk
sahaja ayang tau.
Sebaik sahaja mahu membalas mesej
rakan-rakannya,dia terdengar sayup sayup suara yang merdu mengalunkan ayat-ayat
suci al-quran.haikal terasa bulu romanya meremang.jam di dinding di lihat.baru
pukul 9 malam.
‘ Takkanlah hantu keluar awal plak.ini
suara hantu ke atau benda lain.eh…hantu mana nak mengaji.bodoh betullah kau ni
haikal.dah sah-sah hantu takut pada ayat al-quran.’monolog haikal.
Dia membuka tingkap.mana tahu boleh Nampak
pula.apa yang dibuatnya sia-sia sahaja.dah gelap manalah boleh Nampak.
“nek,siapa yang mengaji tu?dengar sampai
ke sini.”haikal melabuhkan punggungnya di kerusi.
Puan aisyah yang sedang leka melipat kain
memandang wajah haikal.
“hawa kot.”
“sampai ke sini dengar.”
“setiap minggu hari jumaat dia mengaji
dekat surau waktu macam ni.mestilah ada pembesar suara.”
“oh…macam tu.”
Haikal memandag neneknya.dari tadi dia
tidak melihat atuknya,
“atuk mana nek?”
“tak balik dari surau lagi.dia cakap tadi
nak terus ke rumah atuk ngah kamu.nak mengurut.”
No comments:
Post a Comment