Tuesday, 11 September 2012

An-Nur Bab 4


Bab 4

     Puan saimah melihat gambar haikal semasa kecil.seorang budak yang suci dan tidak tahu apa-apa.air mata di seka.dia menangis dengan sikap haikal sekarang.liar,hidup dengan maksiat.arak,wanita dan pelbagai lagi yang di buat haikal.
     Mana silap dia mendidik haikal?dia tahu sendiri.kecuaian dia yang buat haikal jadi seperti itu.ya,taksubnya pada persatuan dia lalai dalam menjaga anak tunggalnya itu.kalaulah masa dapat putar kembali pasti dia mahu mendidik haikal ke jalan yang baik.sekarang inilah balasannya.
     Adakah di kampung nanti haikal akan berubah dan sedar kesilapannya.harap-harap.dia akan berdoa selalu agar di sana haikal akan mendapat hidayah.

     Haikal baring di katil.di peluknya kekasih hati,tengku sofea erat.rasa bahagia sekali di rasanya ketika itu.
     “terima kasih untuk malam ni.layanan sayang buat abang hilang segala masalah.”
     “jadi ke kampung?”
     “em…apa nak buat.dua orang tua nyanyuk tu sanggup buat apa sahaja untuk hantar abang ke sana.enam bulan sahaja.sabar ye.”
     “kesian abang.baiklah.sayang balik dulu.”
     “tengku sofea bangun lalu memakai pakaian yang tadi bersepah di lantai.dia kemudiannya mengucup haikal dengan penuh kasih.

…………………………………
………………………………………………………………………………
     Persiapan untuk ke kampung di mulakan.haikal mengemas baju-baju yang bakal di bawanya.beberapa barang peribadi turut di masukkan ke dalam beg.terasa dunianya seolah-olah mahu kiamat.wajahnya masam mencuka.
   
      Ibu dan ayah di hadapan tidak di pedulikan.tanda protes.dia benci dengan kedua-duanya.sanggup menghalang minat dan hobinya.di minda dia berfikir bagaimana kehidupannya selama enam bulan akan datang.semuanya hilang.pub,rakan-rakan malah belaian mesra kekasih hatinya tengku sofea atau mana-mana perempuan yang di sambar di pub.hatinya walang.
     Tengku rahman dan puan sri saimah sahaja yang menghantar haikal ke kampung.ayah di kampung telah di beritahu.encik zakaria,ayah kepada puan saimah sanggup mengubah cucunya kembali.
     “kat kampung nanti pandai-pandailah suaikan diri.jangan kurang ajar pada orang lain.hormat orang.itu kampung bukannya Bandar.faham!”en.rahman memandang haikal yang duduk di sebelahnya.puan saimah yang duduk di belakang memandang anak teruna tunggalnya yang duduk di depan.
     Dia perasan sudah seminggu anak muda itu tidak menegurnya.marahlah tu.dia bertahan kerana mahukan anak tersebut berubah menjadi manusia kembali.manusia yang diredhai Allah.
    




No comments:

Post a Comment