sinopsis
Iman Aisy seorang wanita yang
rendah diri walaupun seorang yang genius.Pulang ke Malaysia dengan membawa
gelaran Doktor Falsafah dalam usia yang muda.19 tahun.
walaupun dia seorang gadis yang
cantik tapi kecantikannya tertutup dengan keadaannya yang terlalu
simple.bercermin mata yang agak besar hampir memenuhi mukanya yang kecil.hanya
gemar memakai t-shirt dan berseluar jeans.
merahsiakan kegeniusan dan mula memasuki
kolej dalam bidang yang berlainan selepas hanya duduk di rumah setahun.bukan
malas nak cari kerja.tak sedia lagi dengan alam pekerjaan dan pasti orang lain
akan pertikaikan kebolehannya
"buat apa nak pakai
cantik-cantik hanya nak ke kelas atau shopping.kalau lelaki tu dah suka pakai
apa pun gadis tu dia tetap akan minat dan tertarik.saya ni hanya fikir nak cari
ilmu bukannya nak cari pakwe."-Iman Aisy
Ryian Firdaus pula seorang lelaki yang kacak.ramai gadis
tertarik dengan wajah dan paling penting dompetnya.semua pelajar perempuan ‘ulat
bulu’berebut-rebut memikat hati sang teruna.kasanova yang terulung.
Terlalu menyampah dan meluat pada Iman Aisy selepas gadis
itu terang-terang menyatakan kebencian padanya.terkejut dan tercabar bila
seorang gadis yang baginya ‘buruk’ menghina keperibadian diri dia.
“hei,dah la muka tu buruk ada hati nak hina orang.kau
tengok muka kau tu dulu.cermin baik-baik dan lama-lama.kalau kau tak ada cermin
aku boleh minta semua peminat aku hadiahkan cermin pada kau".-Ryian Firdaus
Dari dua orang yang bermusuh dan suka bertekak,cinta hadir
dalam diri mereka tapi keegoan dan taraf menyebabkan cinta mereka mula menjauh.
No comments:
Post a Comment