Sunday, 30 September 2012

Sesuci Aryssa bab 3

bab 3

Dada Hayyan berdebar-debar dengan kuat.kalau resepi itu menarik minat Cik Aryssa maka resepi itu akan masuk ke dalam menu petang yang utama.Dia benar-benar berharap sekali tapi layak ke dia.Yelah,diakan masih baru dalam dunia masakan ni.Malah kat resort ni pun baru sahaja dia sebuln kerja.Apa kata senior-senior yang lain.Selalunya orang ni di luar kata lain kat dalam lain.Risau dia.

Aryssa memandang menu yang berada di depannya.Terasa mahu sahaja dia terus makan tapi dia mahu juga menilai makanan tersebut.'ok susunan dah cantik.Decoration menarik.Rasa je tak pasti.buat masa sekarang beberapa faktor penarik dah lulus.

Kek di suap perlahan-lahan ke dalam mulut.Apabila masuk sahaja ke dalam mulut Aroma dan rasa yang sedap memenuhi rongga mulut Aryssa.Dia tersenyum.Hanya dalam beberapa minit sahaja kek di dalam pinggan itu selesai.Patutlah ketua chef dan beberapa Chef senior minta dia merasai kek itu.Peh..memang terbaik.Walaupun dia tak suka kek yang disaluti puding atau agar-agar tapi kali itu memang dia suka sangat.

"Pakcik,panggilkan En.Hayyan."Aryssa menanti.

Seorang lelaki yang berpakaian chef muncul bersama ketuanya.Aryssa memandang.Dihadapannya berdiri seorang lelaki yang kacak,berkulit putih melepak,Kepalanya di tutupi bendala,hidung cantik terletak dan bibir yang merah.

"Kamu yang buat kek ni?"Tanya Aryssa walaupun dia sudah tahu.

"Ya.saya yang buat.resepi sendiri."Hayyan tunduk.Dia tidak berani bertentang mata dengan Bosnya itu.Nampak macam tegas sahaja.Entah-entah macam bos perempuan yang lain tak?garang dan tegas.sempat lagi Hayyan bermonolog dalam hatinya.

Aryssa ketawa kecil melihat gelagat chef muda itu."Kamu takut dengan saya ke?Don't worry.saya tak makan orang.saya makan nasi.Daging yang saya makan pun hanya yang halal dalam islam jadi daging manusia tak ada dalam senarai."

Hayyan tersenyum.Dia mendongakkan kepalanya.Aryssa membalas senyuman itu.

"Cik rasa macam mana dengan resepi tu?"

"Sedap sangat.Saya suka dengan rasa yang istimewa tu.Lepas ni bolehlah kamu buat kek tu untuk menu utama.Kamu juga kena buat tuk saya bila saya minum petang kat sini.Sabtu dan Ahad sahaja.I love your cake.So delicious.Congrat.."Aryssa bangun lalu menundukkan sedikit badannya.Hayyan membalas.

Di dapur beberpa chef senior mengucapkan tahniah.Terasa gembira dengan junior mereka.Hayyan mengusap wajahnya selepas membaca doa syukur pada yang esa.Dia terus menghubungi ibunya.Memberitahu perkara yang gembira itu.

Hari ini Aryssa rasa malas untuk ke tempat kerjanya.Lagi-lagi hendak bertemu dengan mat salleh celup itu.Sakit hatinya.bayanglah,Awal pagi lagi dah kena mengadap muka Si Rayyan tu.Menyampah sangat-sangat.

Mesyuarat bermula pukul 10 pagi dengan membentangkan kerja minggu lalu.Aryssa membentangkan kewangan yang di guna pakai sepanjang seminggu itu.Dia juga menerangkan susut dan naik keuntungan dalam saham.Rayyan hanya memandang fail di hadapannya.Tiada sebarang kesalahan walaupun satu.Nampaknya gadis di hadapannya memang hebat dalam kerjanya.betullah kata pekerja yang lain bahawa Aryssa cerewet dalam membuat kerja.Mahu sempurna.

Mesyuarat tamat.Aryssa melepaskan nafas lega.Nasib baik Mat Salleh celup itu tidak membuat hal di bilik mesyuarat.Aryssa terus melangkah ke dalam pejabatnya.Duduk dan terus menyandar.Gambar Arwah Andrian di meja di tatap lama.Ya,dia masih rindu pada lelaki itu.Cinta sangat-sangat.Tiada siapa dapat menggantikan lelaki itu dalam hatinya.

Harta yang di tinggalkan lelaki itu di jaga dengan baik.penuh kasih.Keuntungan resort sebahagiannya di derma menggunakan nama arwah Andrian.Semua pekerja resort menyokong tindakannya itu.Doa buat Arwah Andrian di bacanya.Muka di usap perlahan.

Kerja yang berlambak di buat dengan tenang.Dia mahu siapkan separuh untuk hari ini.Esok akan ada fail yang baru yang perlu perhatiannya.

Rayyan melalui pejabat Aryssa.dia memandang ke dalam.gadis yang menjadi musuhnya kelihatan kusyuk membuat kerja di mejanya.Kepala pun hampir mengenai meja.Jam rolex di kerlingnya.Sudah pukul Satu tengahari.Tak makan ke perempuan ni.

Rayyan menegur Azuan.Lelaki itu sahabat dan merangkap telinga dia.Duduk di hadapan Azuan membuatkan azuan memandang.

"Kau duduk kenapa.Kata nak makan.Jomlah."Ajak Azuan sambil memandang Rayyan.

"Kau tahu tak esok Ryian akan mula kerja kat sini.Jadi Pengarah Bahagian kewangan?"

"Tahu.Ayah aku ada beritahu minggu lalu.Kenapa?"

"Keadaan dia sekarang ni boleh ke dia kerja dengan tekanan.Selepas dia terlibat dalam nahas kapal terbang dulu kan dia ada tekanan. besar selepas dia sedar dari koma.hilang ingatan."

"Diakan dah semakin pulih.Aku rasa dia ok nanti."

"Aku risau sebab diakan kawan baik aku sejak kecil dulu."

"Kita sokong sahaja dia nanti.Tolong dia sikit-sikit."

"oklah macam tu.buat apa aku risau sangat sebab dia lelakikan.Jomlah kita makan.Nanti rehat habis."Rayyan bangun dari kerusi lalu menapak keluar.




Thursday, 13 September 2012

Sesuci Aryssa bab 2


Bab 2

     Sabtu muncul dengan cepat.hari ini Aryssa merasakan dia betul-betul bersemangat untuk ke Resort.Awal-awal lagi dia sudah sampai ke sana dengan menaiki myvi kesayangannya.
    
 “Wah..cepat cik Ryssa sampai hari ni.Ada apa-apa ke?”Tegur Lan seorang pekerja Café Polaris di Resort itu.
   
  “Hari ini saya bersemangat nak kerja.Lan,macam biasa ye.Cepat sikit saya lapar ni.”
    
 Lan tersenyum lalu menuju ke arah dapur.Dia tahu chef zul telah menyiapkan makanan untuk bos mereka itu.Apa tak tahu apa yang bakal Aryssa order.Setiap minggu makanan yang sama.Mee goreng ayam basah dengan tea panas.tengahari pula nasi goreng ayam dengan tembikai laici.Petang pula yang berbeza setiap minggu sebab selalunya minum petang terpulang pada Chef zul mahu buat apa.
     
Aryssa menikmati sarapan pagi itu sambil mengadap laut.Terasa tenang jiwanya bila melihat lautan yang cantik.Sudah lama dia tidak bermain di tepi pantai.Kali terakhir semasa Arwah Andrian hidup.
     
Pejabat yang berada di bangunan utama di jejakinya.Dia duduk di biliknya lalu membelek fail yang sudah bertimbun di atas meja.Keluhan di lepaskan.Aiik,Belum mula dah mengeluh?Apa taknya.Berlambak fail yang perlu di layannya sepanjang hari ini.
    
Sebuah fail di tatap lama.Aryssa membelek lagi beberapa helai kertas di dalam fail itu.Mukanya berkerut.Beberapa minit kemudian mengangguk.
     
Seorang gadis masuk lalu meletakkan minuman ke atas meja Aryssa.
    
 “Ayu,siapa yang cadangkan hari keluarga ni?”
     
“Oh..tu dari unit house keeping.Mereka cakap dah lama tak buat hari keluarga.Boleh buat doa selamat sekali.”
    
 “Betul juga ye.Dah lama tak buat hari keluarga.Nanti minta En.zulhelmi dengan ustaz balhaiqi uruskan dan ambil cadangan pekerja nak buat aktiviti apa.Nanti saya akan turun padang sekali.”
    
 “Baiklah.Saya akan sampaikan.”
     
Ayu keluar sambil memegang beberapa fail.Dia diarahkan untuk menaip segera surat dan borang yang di perlukan Aryssa.Walaupun Aryssa tidak ke Resort,Ayu akan sentiasa member laporan dan juga menyiapkan kerja yang di hantar oleh Aryssa.
    
 Jam menunjukkan satu tengahari.aryssa mengajak Ayu ke café untuk makan tengahari.Nampaknya Café penuh dengan pelanggan.Mereka duduk di sebuah meja yang kosong.Belum sempat Aryssa mahu memanggil pelayan,nasi goreng ayam dengan tembikai laici sudah di hidangkan di depannya.Hanya sengihan yang aryssa berikan pada Chef Zul.
     
“Makan Aryssa.nasib baik turun kalau tak saya dah hantar makanan ni kat atas.”
   
  “Ayu punya tak ada ke?”Ayu ketawa.
    
 “Kau punya jap lagi Lan hantarkan.Dia tengah menghias pinggan kot tu.Maklumlah kekasih hati punya makanan.”usik Chef Zul sambil memandang muka Ayu yang sudah merah.
     Lan sampai lalu meletakkan nasi ayam dan ais lemon tea.Dia sudah tahu apa kegemaran Ayu setiap tengahari.
    
 “Wah special Nampak.”Aryssa mahu menyakat Land dan Ayu.”
    
 “tak ada specialnya.bukannya ada tambah apa-apa.Kuantiti sama je macam biasa.”
     
“Ayam tu yang besar dan banyak.Sayangnya Lan pada Ayu ye.so sweet and Romantik…”Aryssa ketawa termasuk Chef Zul yang makan bersama mereka.Lan duduk di sebelah kekasih hati untuk turut makan.
    
 “Pakcik Zul,macam mana dengan chef baru tu.ok?”
    
 “pakcik Nampak sekarang ni ok.Rajin dan Pandai bertanya kalau dia nak tahu sesuatu.Tak kekok dia buat kerja.Kau tahulah pakcik ni macam mana.Dia boleh tahan pula.Senyum sahaja walaupun Nampak dia tertekan.Pandai pula cipta resepi baru.Nanti pakcik suruh dia buat manisan terbaru dia untuk kamu.”
    
 “Sedap tau,Cik Aryssa.Hari tu masa dia cuba buat kamilah yang testing.Wah,mengancam rasanya.Tak puas nak makan tau.Rasa nak lagi je.”Ayu memejamkan matanya seolah-olah mengingati rasa tersebut.
    
 “Dah masuk dalam menu ke?”
    
 “Belum lagi.Pakcik nak suruh kamu rasa dulu.”
    
 “Ayu sebabkan saya tak sabar nak rasa.Pakcik suruhlah dia buat untuk petang ni.Boleh?”
    
 “Ok.Nanti pakcik suruh dia buat.”
    
 Sebaik sahaja Aryssa masuk ke pejabatnya,Chef Zul masuk ke dapur.Dia melihat Chef baru tersebut sedang makan bersama beberapa pembantu yang lain.
    
 “Makan?”Sapa Aniza pembantu dapur pertama.
    
 “Saya dah makan dengan Cik Aryssa dengan Ayu tadi.”
     
“Hayyan,boleh kamu buat manisan ciptaan kamu tu untuk petang ni?Cik Aryssa nak rasa.Kalau dia suka,mesti berpeluang masuk dalam menu utama.”
    
 Hayyan tersedak.Segera dia mencapai air untuk di minum.Tekaknya terasa pedih.Cik Aryssa nak rasa?hilang seleranya untuk makan.Walaupun dia tidak pernah bertemu dengan Aryssa tapi dia tahu siapa Aryssa itu yang sebenar.Bos mereka.
   
  Chef Zul tersenyum.Dia tahu hati Hayyan macam mana nak pecah.
    
 “Buat perlahan-lahan.Cik Aryssa tu ok.”
    
 “Saya buat sekaranglah.”
    
 “Hayyan,makan dulu.”
    
 “Dah tak boleh nak makan.Lebih baik saya mula buat sekarang.Nanti tak sempat nak siap.Cik Aryssa turun minum petang pukul lima kan.”
   
  “aah..”
    
 Hayyan membasuh pinggan makannya lalu memulakan resepi barunya.
     
Tepat pukul 4.45 petang manisan tersebut siap.Kek berpuding sira coklat.Di hias di atas pinggan.coklat masak yang telah di campur di dalam krin tadi di kacau dan terus di sira di atas kek berpuding tadi.Tepi pinggan di hias dengan beberapa potong buah-buahan.
    
 Dada rasa mahu sahaja tercabut bila melihat jam yang telah menunjukkan angka lima.Bila-bila masa sahaja Cik Aryssa akan turun.Walaupun dah di tenangkan beberapa rakan tapi dadanya masih lagi berdebar-debar.   

Tuesday, 11 September 2012

An-Nur Bab 8


Bab 8

     Hawa duduk diberanda rumahnya sambil membaca.puan aminah duduk di sebelah anaknya.wajah mulus hawa di tatap lama.dia sejuk bila memandang wajah gadis tersebut.walaupun bukan anak kandung hanya sekadar anak susuan tapi sayangnya pada hawa tinggi.
     “hawa tak jenguk mama dan papa hawa ke?”
     “belum lagi.minggu depan baru hawa nak ke sana.kenapa mak?”
     “tak ada apa.saja mak Tanya.”
     Hawa tersenyum.dia menyambung pembacaannya.
     “mak nak Tanya sikit boleh?”
     “apa dia mak.tanya sahajalah.tak payah minta kebenaran.”
     “kamu kata nak sambung phd.bilanya?”
     “tengok dalam tahun depanlah mak.lagipun bukan dekat.amerika sana tu.hawa pun masih belum dapat rasa dengan puas bahang panas Malaysia ni lagipun hawa nak rehatkan otak hawa yang segala urat saraf tengah terbelit.lerai-leraikan dulu yang tersimpul.”
     Puan aminah ketawa mendengar kata anaknya.dia gembira hawa pulang ke Malaysia kembali bukannya meneruskan pengajiannya.hakikatnya rindu pada hawa sepanjang 5 tahun gadis tersebut ke sana memang kuat.biarlah hawa berehat panjang agar rindunya berbalas.
     “mak,ayah kemana?pagi-pagi lagi dah hilang.”hawa meletakkan buku yang dibaca di atas meja.
     “mana lagi.memancinglah.”
     “seorang je ke?”
     “dengan kawan katanya.petang-petang sikit nanti baliklah tu.sambunglah baca tu.mak nak ke dapur.nak buat goreng cempedak kejap.”
     “tak apalah.biar hawa buat.mak rehat.”
     Hawa menapak ke dapur.dia melihat cempedak sudah siap di kupas didalam besen atas meja.dia lantas mengambil tepung dan di bancuh cair.letakkan sedikit garam dan kunyit agar bila masak nanti warna cempedak goreng tersebut kelihatan kekuningan.
     Lagi sekali haikal mendengar alunan ayat suci al-quran pada malam itu.dia mendengar lunaknya suara tersebut.dia tersenyum.hawa.ya,itu suara hawa.suara gadis yang mahu dia dapatkan.suara gadis yang dia mahu genggam dalam tangannya.dia tersengih sendiri.sinis sekali di pandang.
     Sengihannya hilang tiba-tiba.dia teringat peristiwa petang tadi.dia ternampak hawa bersama beberapa kanak-kanak di bawah pokok yang rendang.mereka duduk di situ menghadap hawa.dia turut serta hanya kerana hawa.
     “kak hawa,ceritalah lagi kisah minggu lalu tu.tak puaslah nak dengar.”
     “baiklah.akak cerita tapi kisah lain ye.”
     “tak kisahlah janji kak hawa cerita.”
     “ingat lagi tak minggu lalu kita cerita kisah nabi apa?”
     “Nabi Ismail As dan Nabi Ishak As.”
     “minggu ni siapa tahu?”
     “Nabi Lut As.”serentak kanak-kanak tersebut menjerit.
     Haikal malas mahu mendengar tapi sebabkan mahu mendapatkan Hawa dia terpaksa menadah telinga untuk mendengar cerita yang bakal keluar dari bibir gadis itu.
     “Nabi Lut As ialah anak saudara kepada Nabi Ibrahim As.semasa kecilnya Nabi Lut As selalu membantu Nabi Ibrahim As dalam bidang perternakan.binatang ternakan berkembang biak sehingga dalam waktu yang singkat sahaja binatang ternakan tersebut berlipat kali ganda jumlahnya.di sebabkan hal tersebut maka perkongsian tersebut terpecahlah kepada dua dengan sama rata.terpisahlah Nabi Lut As dengan Nabi Ibrahim As dan berpindah ke Jordan di daerah bernama Sadum .
     “nak tahu macam mana orang-orang sedum tak?”
     “nak.!!”jerit semua kanak-kanak tersebut.
     “penduduk kota sedum ni terlalu teruk sikap moral mereka.tidak mempunyai pegangan agama atau nilai kemanusiaan yang bertamadun.mereka hidup dalam maksiat dan kemungkaran.”
     “rampasan dan kecurian adalah kerja mereka.yang kuat berkuasa dan lemah selalu jadi mangsa yang kuat ni.mereka buat maksiat dengan terbuka.arak adalah minuman harian mereka.yang paling menjijikkan ialah mereka mengamalkan hubungan sejenis dimana lelaki dengan lelaki manakala wanita dengan wanita.zaman sekarang ni kata cinta sejenis.itulah tradisi dan dah jadi budaya penduduk kota sadum tu.”

     “kalau ada yang melalui kota sedum tu pasti barangan yang berharga di rampas manakala lelaki lelaki kacak atau wanita-wanita cantik akan menjadi rebutan dan menjadi mangsa buatan keji penduduk kat situ.”
     “akibat dari kerosakan moral penduduk kota sadum tu maka Allah swt telah mengutuskan Nabi Luth ke dalam penduduk di situ.Nabi Luth menyampaikan dakwahnya dan meminta penduduk bertaubat atas segala buatan mereka.Dia memberitahu pada penduduk sadum tu kewujudan Allah dan memberitahu juga Allah yang mencipta semua manusia dan Allah swt tidak meredhai perbuatan terkutuk mereka itu.”
     “diorang dengar tak,kak hawa?”Faizal yang paling kecil antara kanak-kanak tersebut bertanya.hawa tersenyum kecil.dia tahu mereka semua tidak sabar mendengar apa yang bakal berlaku seterusnya.
     “Adik Faizal rasa?”hawa bertanya pada si kecil tersebut.
     “tak…dengar apa yang Nabi Lut kata.”Faizal takut-takut menjawap.takut jawapannya salah.nanti dia bakal di ketawakan rakan-rakannya.
     “betul jawapan adik faizal tu.”
     Faizal tersenyum lega.tak sangka jawapannya betul.dia bangga bila jawapannya itu betul.
     “Nabi Lut As menyeru mereka agar meninggalkan perbuatan terkutuk mereka itu dan juga menghormati hak milik orang lain.baginda juga memberitahu perbuatan mereka merugikan mereka sendiri tapi kerana keruntuhan akhlak dan moral telah bersebati dalam jiwa dan dan berakar umbi di dalam hati ayat-ayat Nabi Lut tidak di endah dan dipandang negative.
     “kaum sadum merasa jemu dan meminta Nabi Lut berhenti dari dakwahnya atau bakal dihalau dari kota sadum tersebut.Baginda terfikir segala usaha untuk menyedarkan kaum sadum tersebut hanya sia-sia sahaja.akhirnya selepas banyak hadapi cabaran dalam dakwahnya,Nabi Lut berdoa kepada Allah agar turunkanlah bala pada kaum sadum tersebut agar boleh menjadi ikhtibar pada generasi yang akan datang.”
     “ingat tak masa akak ceritakan tentang kisah Nabi Ibrahim dulu,ada malaikat datang bertemu nabi Ibrahim menyampaikan berita kelahiran Nabi Ishak.anak Nabi Ibrahim .”
     “ingat.”semua kanak-kanak tersebut lagi sekali menjerit.
     Haikal ingin tahu apa yang berlaku.dia jujur yang dia tak tahu kisah tersebut.mungkin ada belajar di sekolah tapi dia tak pernah ambil tahu apa yang ustaz ajar dihadapan.itulah akibatnya.
     “semasa malaikat bertemu dengan Nabi Ibrahim,malaikat juga menyampaikan bala yang bakal belanda kota sadum.Nabi Ibrahim memohon agar anak saudaranya,Nabi Lut as di selamatkan dari bala tersebut.”
     “malaikat-malaikat tersebut menyamar sebagai remaja yang berparas kacak serta bertubuh tegap.mereka bertemu dengan seorang gadis yang sedang mengambil air di sebuah perigi.para malaikat tersebut meminta gadis itu menerima mereka sebagai tetamu di rumahnya.gadis yang di temui tidak berani membuat keputusan lalu meminta diri untuk bertanya pada ayahnya.”
     “adik-adik tahu tak siapa gadis tu?”
     “tak tahu,kak hawa.”
     “gadis yang ambil air tu sebenarnya anak kepada Nabi Lut.dia pulang lalu memberitahu ayahnya kedatangan pemuda kacak itu.baginda risau tentang berita yang di sampaikan anaknya tapi untuk menolak musafir adalah buatan yang tidak manis.”
     “baiklah adik-adik kita sambung lain kali.insyaallah kak hawa akan cerita lagi.dah pukul berapa ni.nanti mak adik-adik marah.”
     “ala kak hawa sambung je lah.”
     “tak apa.nanti kak hawa sambung lagi.akak kena balik ni.kejap lagikan nak ke surau.dah pergi balik.”
     “Yelah kak hawa.kita baliklah.”
         Haikal memandang semua kanak-kanak itu beredar.dalam hatinya dia ingin tahu kisah selanjutnya.
     Lamunan peristiwa petang tadi terganggu akibat laungan neneknya.dia keluar dari bilik lalu ke dapur.neneknya mengajak dia untuk makan malam.”
     Semasa duduk di ruang tamu,haikal ingin bertanya pada atuknya tentang kisah Nabi Lut tapi dia tidak berani kerana atuknya leka membaca buku.niatnya dipendamkan sahaja sedangkan hatinya meronta-ronta ingin tahu.
    


An-Nur Bab 7


Bab 7

     Sungai yang mengalir perlahan di pandang sahaja.haikal duduk termenung di sebuah batu.amarah atuknya masih belum hilang lagi.semasa dia mahu duduk di meja makan,atuknya lantas bangun lalu beredar.
     Ayat atuknya tempoh hari terngiang-ngiang di minda haikal.hatinya sakit.sesakit jiwanya.malam selepas atuknya memukul dengan rotan,ayahnya memarahi di corong telefon.dia hanya bersabar sahaja.geram bukan kepalang.
     Kereta di pandu mahu pulang.dia berhenti di sebuah kedai runcit mahu membeli makanan ringan.dia ternampak hawa.gadis tersebut sedang mencari sesuatu di rak.terlintas niat di hati haikal ketika itu.
     “hai,boleh berkenalan?”
     “waalaikumsalam.”hawa tersenyum.
Haikal tersentak.wah..ni macam perli sahaja.mana ada aku bagi salam pada dia.
      “saya tak bagi salam pun.”
     “memang kamu tak bagi salam pada saya tapi hai tadi tu menunjukkan awak sapa saya jadi apa pun ayatnya ia hampir sama dengan assalammualaikum jadi saya balas la dengan waalaikumsalam.”
Haikal terdiam.dia hilang kata.hawa meminta diri untuk beredar.langkah hawa menghilang.
     ‘Nak kenakan akulah tadi tu.sabar.entah-entah Nampak je macam alim.bila aku ayat sikit semua boleh bagi.perempuan sekarang ni bukan boleh percaya.jual mahal konon alih-alih nanti dia sanggup bagi maruah dia pada aku.tengoklah nanti.aku yakin dia pun sama sahaja.’
    


    



    

An-Nur Bab 6


Bab 6
     Hari minggu membosankan haikal.dia baring di atas katil.awal-awal lagi atuk sudah keluar.pergi kemana dia sendiri tidak tahu.kereta dan motor atuknya tersadai di garaj menandakan atuknya pergi dengan seseorang.
     Nenek pula sedang duduk membaca buku di ruang tamu.dia mahu keluar.dia tidak sanggup berkurung di rumah.di rasakan sudah lama dia di kampung tersebut.rupanya baru sahaja 2 minggu.kerja di kilang semakin bertambah.beberapa pekerja mula menerima kehadirannya.
     Pekerja-pekerja perempuan pula tersengih-sengih memandangnya.macamlah dia akan terpikat dengan mereka semua.no way.bukan taste dia la.
     “nek.haikal keluar jap.mungkin lambat sikit balik.”
     “nak kemana?”
     “Bandar sebelah jap.nak beli barang sikit.”
     “yelah..”
     Haikal memandu dengan agak laju.terasa dia mahu terbang sahaja bertemu dengan rakan-rakannya malah mahu bertemu dengan sofea.
     2 jam perjalanan,haikal sampai di rumah andrian.terasa penat memandu.dia duduk di sofa yang empuk.andrian hanya ketawa.
     “laju kau memandu kal?”
     “yelah tu.”
     Semua rakannya sampai sambil membawa teman masing-masing.walaupun tidak ke kelab,haikal membalas dendam dengan meneguk arak yang di rinduinya.sofea menuangkan minuman tersebut lagi di cawannya.dengan rakusnya dia meneguk lagi untuk entah cawan yang keberapa.
     Haikal terasa kepalanya mahu pecah.deringan telefon mengejutkannya.dia memandang skrin.nama atuknya tertera.dia bingkas bangun.di jawapnya.
     “haikal dekat rumah kawan.kejap lagi haikal balik.”
Sebaik sahaja dia menamatkan panggilan tersebut dia baring.sofea di pandang.gadis tersebut sedang lena.dia mencapai baju-baju di lantai lalu di pakai.wajahnya di bersihkan lalu beredar keluar.
Boleh dikatakan ada parti liar di rumah tersebut.dia membuka pintu kereta lalu beredar.dari suara atuknya.dia yakin orang tua tersebut sedang menahan marah.
      Sebaik sahaja masuk ke ruang tamu rumah atuknya,haikal terus di tampar dengan kuat.
      “apa nak jadi dengan kamu ni?pergi mana semalam?”
     “rumah kawan.”
     “rumah kawan?ni bau arak ni kenapa.ya,Allah.apa nak jadi dengan kau ni haikal.”
     Haikal masih diam.dia terkejut bila atuknya mengambil rotan lalu memukulnya.dia menahan kesakitan bila tubuhnya di balun oleh atuknya.terasa perit di kulit bila rotan tersebut menjamah tubuh.
     En.zakaria berhenti bila bahunya di pegang isteri tercinta.dia benar-benar kecewa dengan tindakan cucunya.
     “apa nak jadi dengan kau ni haikal.dah besar panjang kamu masih bodoh nak menilai mana satu benda baik dengan benda yang tak elok.mana otak kamu.otak kamu dekat kepala tu kamu guna buat apa?”
     “perangai macam binatang.haikal,kamu datang ke sini ikut arahan ayah kamu tu semata-mata nak harta sahaja ke?atuk nak Tanya,kalau kamu dapat harta ayah kamu tu,kamu nak buat apa?nak buat macam mana?”
     “haikal akan jaga harta tu.haikal nak kembangkan syarikat tu jadi lebih ternama dari sekarang.”jawap haikal perlahan.dia tidak mahu memandang wajah atuknya.gerun.dia ketakutan sekarang.
     “huh..jaga dan nak kembangkan konon.dengan perangai kau sekarang ni bukan kembangkan lagi perniagaan tu tapi entah-entah tergadai sebab sikap kau sekarang ni.berjoli,arak,kaki perempuan.syarikat terbiar dan bankrap.habis-habis semua tergadai sebab nak bagi kat perempuan.”
     “haikal.tak akan buat macam tu.”
     “haikal,kamu nak harta ayah kamu tu tapi kamu tak akan mampu jaga.dah la haikal lebih baik harta tu jatuh pada kebajikan atau anak yatim dari tergadai di tangan kau.ayah kau susah nak cari harta tu.bersengkang mata dan terpaksa jauh dari keluarga demi kumpul harta agar hidup kau senang tapi kalau sikap kau macam ni sia-sia sahaja usaha dia selama ni sebab dengan perangai liar kau,harta tu bakal tergadai macam tu sahaja.”
     En.zakaria beredar selepas apa yang mahu dikatakan pada haikal terluah.dia kecewa dengan cucunya.dahlah..dia malas mahu fikir lagi apa-apa untuk hari ini.

An-Nur Bab 5


Bab 5
     Baru sahaja seminggu di kampung,haikal seolah-olah menderita mentalnya.dia bosan malah dia rindukan kehidupan malamnya di Bandar.di kilang,dia tahu tiada siapa yang menyukainya malah memandang rendah padanya.
     Datuknya asyik membebel itu dan ini.semuanya salah.bangun lambat marah,tengok televisyen pun marah,boleh dikatakan semuanya salah apa yang di buatnya.balik sahaja dari kilang diajaknya ke kebun.dahla banyak nyamuk.mahu sahaja haikal pulang ke Bandar.kena pecat pun taka pa tapi bagaimana kalau ayah kotakan janji bahawa segala harta akan di dermakan pada kebajikan.bagaimana hidupnya nanti.
     Tengku sofea?jangan harap.pasti cabut dulu.dia sebenarnya tahu sofea hanya tergila-gilakan harta dia sahaja tapi sebabkan cantik dan model terkenal dia tak kisah.sofea dapat duitnya,dia pula dapat segala yang ada pada gadis itu.adilkan.haikal tersenyum sendiri.baginya sofea gadis yang bodoh.
…………………………………………………
…………………………………………………………………………………
     “haikal,temankan atuk ke kebun.atuk nak ambil jantung pisang.boleh rebus makan dengan sambal belacan.tak pun boleh buat gulai dengan ikan masin.”
     “sekarang ke tuk?”
     “taklah,tahun depan kita pergi.”
     Haikal bangun.dia gerun melihat wajah datuk yang telah berubah akibat soalannya tadi.dia sebenarnya malas mahu ke mana-mana.
     “kejap tuk,haikal nak tukar baju.”
     Beberapa minit kemudian,dia muncul dan terus memandu kereta atuknya menuju ke kebun.kereta dia..jangan harap nak bawa ke tempat macam tu.habis rosak kereta mewah tersebut nanti.
     Hampir dua jam di situ.haikal sudah tidak tahan.tangannya merah-merah di gigit nyamuk.mahu sahaja dia tinggalkan datuknya di situ dan balik.tapi nak mampus.rasanya kalaulah dia berani buat pasti mati kena belasah dengan en.zakaria yang garang macam singa itu.
     “dah,jom balik.tolong bawa pisang ni.”en.zakaria menghulurkan setandan pisang kepada cucunya.
     Haikal was-was mahu mengambilnya tapi melihat sahaja tenungan datuknya dia segera mengambil lalu di bawa ke kereta.habis tangannya bergetah.dia tidak selesa.kereta di pandu dengan berhati-hati.jalan kampung manalah elok.berlubang sana sini.
     “kenapa pihak jkr tak turap balik jalan yang berlubang-lubang tu tuk?”
     “entahlah.mungkin nak tunggu ada yang mati baru nak turap kot.orang kampung dah buat aduan tapi senyap sahaja.”
     Haikal diam.dia teruskan pemanduan.sekali sekala dia berhenti kerana kanak-kanak di situ bebas bermain di jalan seolah-olah tempat mainan mereka sahaja.mana ibu bapa mereka semasa anak-anak bermain di jalan.tak sayang anak ke orang kampung ni.
     “haikal,berhenti dekat kedai depan tu.nak beli santan.”
     Tanpa menjawap,haikal menghentikan keretanya di depan kedai.en.zakaria keluar lalu menuju ke kedai tersebut.sedang leka menghantar mesej,mata haikal tertangkap pada tubuh seorang gadis.dada haikal bergetar.
     Gadis yang memakai baju kurung kedah dan berkain batik berselendang putih di pandang lama.ya,gadis paling cantik yang pernah di jumpainya.kalah tengku sofea.kalau masuk jadi model pasti boleh menang.kalah miss universe.
     “kenapa tengok perempuan macam nak telan saja.”en.zakaria menegur cucunya.
     Haikal tersentak.bila datuknya masuk ke dalam kereta.tak perasan pula.
     “siapa tu tuk?tak pernah Nampak pun.”
     “berkenan ke?”
     “orang Tanya sajelah.”
     “hawa.kalau suka pendam je ye.kamu tu tak layak buat si hawa tu.jauh panggang dari api.sampai bila-bila pun tak akan padan.dia tu perempuan baik.hanya layak buat lelaki yang baik sahaja.”
     Haikal terkejut ayat atuknya.jahat sangat ke aku ni.haikal melepaskan keluhan kecil.memang sahlah aku ni teruk.nak Tanya lagi pula.atuk pun satu orang Tanya sahaja.
     En.zakaria melihat wajah cucunya berubah kelat.dia tersenyum dalam hati.padan muka.dia yakin haikal terpikat dengan kejelitaan hawa.dia kata begitu tadi untuk mencabar haikal.
Sebaik sahaja makan malam,haikal duduk di bilik.dia lega kerana kampung tersebut boleh menerima line internet.dia membuka facebooknya.beberapa mesej di baca.semuanya dari rakan-rakannya.beberapa rakannya online termasuk sofea.
     < andrian> macam mana dengan kampung???????
     <haikal>    teruk…..!!!!!tak boleh buat apa-apa…
     <megat >   aku kesian dengan kau.sabarlah ye…enam bulan tu pejam celik je..
     <andrian> ada jumpa perempuan yang cantik kat sana?”
     <haikal>    mana ada.seorang pun tak ada..
Haikal teringat hawa.ya,dia gadis yang cantik tapi takkan nak beritahu dua sahabat tu.mampus kalau diorang datang nak tengok.
     <sofea>   hai…sayang.bosanlah sayang tak ada.rindu sangat.
     <haikal>  sayang pun rindu dekat ayang.rasa nak peluk sahaja ayang tau.
     Sebaik sahaja mahu membalas mesej rakan-rakannya,dia terdengar sayup sayup suara yang merdu mengalunkan ayat-ayat suci al-quran.haikal terasa bulu romanya meremang.jam di dinding di lihat.baru pukul 9 malam.
    ‘ Takkanlah hantu keluar awal plak.ini suara hantu ke atau benda lain.eh…hantu mana nak mengaji.bodoh betullah kau ni haikal.dah sah-sah hantu takut pada ayat al-quran.’monolog haikal.
     Dia membuka tingkap.mana tahu boleh Nampak pula.apa yang dibuatnya sia-sia sahaja.dah gelap manalah boleh Nampak.
     “nek,siapa yang mengaji tu?dengar sampai ke sini.”haikal melabuhkan punggungnya di kerusi.
     Puan aisyah yang sedang leka melipat kain memandang wajah haikal.
     “hawa kot.”
     “sampai ke sini dengar.”
     “setiap minggu hari jumaat dia mengaji dekat surau waktu macam ni.mestilah ada pembesar suara.”
     “oh…macam tu.”
     Haikal memandag neneknya.dari tadi dia tidak melihat atuknya,
     “atuk mana nek?”
     “tak balik dari surau lagi.dia cakap tadi nak terus ke rumah atuk ngah kamu.nak mengurut.”

An-Nur Bab 4


Bab 4

     Puan saimah melihat gambar haikal semasa kecil.seorang budak yang suci dan tidak tahu apa-apa.air mata di seka.dia menangis dengan sikap haikal sekarang.liar,hidup dengan maksiat.arak,wanita dan pelbagai lagi yang di buat haikal.
     Mana silap dia mendidik haikal?dia tahu sendiri.kecuaian dia yang buat haikal jadi seperti itu.ya,taksubnya pada persatuan dia lalai dalam menjaga anak tunggalnya itu.kalaulah masa dapat putar kembali pasti dia mahu mendidik haikal ke jalan yang baik.sekarang inilah balasannya.
     Adakah di kampung nanti haikal akan berubah dan sedar kesilapannya.harap-harap.dia akan berdoa selalu agar di sana haikal akan mendapat hidayah.

     Haikal baring di katil.di peluknya kekasih hati,tengku sofea erat.rasa bahagia sekali di rasanya ketika itu.
     “terima kasih untuk malam ni.layanan sayang buat abang hilang segala masalah.”
     “jadi ke kampung?”
     “em…apa nak buat.dua orang tua nyanyuk tu sanggup buat apa sahaja untuk hantar abang ke sana.enam bulan sahaja.sabar ye.”
     “kesian abang.baiklah.sayang balik dulu.”
     “tengku sofea bangun lalu memakai pakaian yang tadi bersepah di lantai.dia kemudiannya mengucup haikal dengan penuh kasih.

…………………………………
………………………………………………………………………………
     Persiapan untuk ke kampung di mulakan.haikal mengemas baju-baju yang bakal di bawanya.beberapa barang peribadi turut di masukkan ke dalam beg.terasa dunianya seolah-olah mahu kiamat.wajahnya masam mencuka.
   
      Ibu dan ayah di hadapan tidak di pedulikan.tanda protes.dia benci dengan kedua-duanya.sanggup menghalang minat dan hobinya.di minda dia berfikir bagaimana kehidupannya selama enam bulan akan datang.semuanya hilang.pub,rakan-rakan malah belaian mesra kekasih hatinya tengku sofea atau mana-mana perempuan yang di sambar di pub.hatinya walang.
     Tengku rahman dan puan sri saimah sahaja yang menghantar haikal ke kampung.ayah di kampung telah di beritahu.encik zakaria,ayah kepada puan saimah sanggup mengubah cucunya kembali.
     “kat kampung nanti pandai-pandailah suaikan diri.jangan kurang ajar pada orang lain.hormat orang.itu kampung bukannya Bandar.faham!”en.rahman memandang haikal yang duduk di sebelahnya.puan saimah yang duduk di belakang memandang anak teruna tunggalnya yang duduk di depan.
     Dia perasan sudah seminggu anak muda itu tidak menegurnya.marahlah tu.dia bertahan kerana mahukan anak tersebut berubah menjadi manusia kembali.manusia yang diredhai Allah.
    




An-Nur Bab 3


Bab 3

     Haikal pening dengan arahan ayahnya.kepala berputar di rasai ketika ini.langsung tidak munasabah.nak melawan tak mungkin.kata ayahnya sentiasa muktamat.hitam katanya maka hitamlah,putih katanya maka putihlah keputusan.
     Dia cuba memujuk ibunya menasihati ayah tapi rupanya ibu sudah bersekongkol dengan ayah.keluhan di lepaskan.selalunya ibu pasti akan menolong tapi kali ini tidak.hatinya walang.kenapa ibu bapanya tidak faham kehendak hatinya.kenapa ayahnya asyik tidak suka dengan aktivitinya.biasalah orang muda zaman sekarang.
     Di pejabat haikal masih memikirkan arahan ayahnya.berserabut kepalanya lalu terus mencapai beg dan keluar.setiausahanya Cuma mampu memandang.
     Adrian bersama megat dan mus ketawa mendengar ceritanya.mereka ketawa terbahak-bahak tanda cerita haikal sesuatu yang teramat lucu.
     “you kena duduk kat kampung 6 bulan tuk uruskan kilang ayah kamu dekat sana.wah….a good news.”Adrian masih ketawa.
     “ketawalah kamu semua.aku sendiri terkejut besar.kampung wei.apa yang ada.surau masjid ada la.ataupun kedai kopi.mana ada pub.gilalah ayah aku tu.dah nyanyuk agaknya.benci betul.”
     “tak payah pergilah.”
     “ayah aku beritahu kalau aku tak pergi tak apa.dia tak kisah.”
     “oklah.habis tu yang kamu pening tu kenapa?”
     “kerja aku kena pecat.duit tak akan masuk dalam akaun aku.malah harta-harta ayah aku akan di dermakan kepada anak yatim dan juga badan-badan kebajikan.aku dapat apa?habuk pun tak ada.kereta-kereta mewah aku pun kena rampas dan di lelong.”
     “what?sahlah ayah kau tu dah nyanyuk.lebih baik kau telefon hospital.”
     “entahlah.enam bulan.satu masa yang panjang bagi aku.”
     “sabtu ahad kau baliklah ke sini.”
     “ayah aku bagi syarat,tak boleh balik ke sini dalam tempoh enam bulan ni.kalau balik nama aku dalam pembahagian harta akan di tolak hari tu juga.sebab tu aku bertambah sakit kepala.”

     Datuk rahman duduk di meja makan petang tersebut.isterinya puan saimah sedang menghidangkan minum petang buatnya.walaupun mempunyai pembantu rumah,bab makan dan pakaian tetap di lakukan oleh puan saimah sendiri.
     “abang,haikal setuju ke nanti?saya bimbanglah.”puan saimah meluahkan kebimbangannya.
     “dia pasti akan setuju.abang dah ambil tindakan awal sekarang.balik nanti mesti dia mengamuk.tengoklah nanti.”
     Puan saimah memandang wajah suaminya.dia tahu tindakan suaminya untuk menyedarkan haikal tapi perlukah duduk di kampung dan di sekat segala-galanya.
     Dua jam berlalu pantas.haikal masuk ke dalam rumah sambil marah.dia mencari ayahnya yang sedang duduk membaca surat khabar.hatinya benar-benar marah.
     “ayah,kenapa sekat kad kredit saya?macam mana saya nak keluar.malu saya tadi.”
     “saja je ayah sekat kad kredit kamu.”
     “apa!!?pulihkan balik!!!!”jerit haikal.
     “itu cara kamu cakap dengan ayah kamu!?”puan saimah mula marah.dia tidak sangka haikal berani menjerit pada ayahnya sendiri.
     “mak dengan ayah sama sahaja.teruk.nak bebas buat apa sahaja pun tak boleh.”
     Haikal masuk ke biliknya.badan di hempas ke katil.marahnya masih bersisa.malu dia di midvalley tadi.tak guna punya orang tua.menyusahkan sahaja.
     Sekarang kereta sudah tidak boleh di gunakan.kunci di sorok oleh ibu dan ayahnya.kad kredit pun sama.keluhan di lepaskan.pandai sungguh tindakan ayahnya.kampung?bosannya..teruk sangat-sangat.
     “bencinya!!!!!!!!”haikal menjerit tiba-tiba.






An-Nur Bab 2


Bab 2

      Haikal  memegang kepalanya.sakit sangat di rasainya.keadaan di sekeliling di lihat.dia terkejut melihat tempat tersebut.tempat yang tidak di kenali.dia bangun dan duduk di birai katil.cuba mengingati peristiwa semalam.
     Walaupun agak kabur dia ingat sedikit demi sedikit apa yang berlaku malam tadi.ya,maya.selepas dia keluar dengan maya dari pub dia membawa maya ke hotel.

     Sepucuk surat terletak di meja sebelah katil.haikal membacanya.

     Terima kasih hal semalam.maya tak akan lupakan sampai bila-bila.malam tadi saat paling indah dalam hidup maya.terima kasih haikal.untuk hal semalam,maya dah ambil duit RM300 dalam dompet haikal untuk bayaran bermalam dengan maya
Jumpa lagi nanti.

     Haikal mencampakkan nota tersebut di dalam bakul sampah berhampiran.dia sudah ingat.dia membawa maya ke hotel untuk bersama dengan gadis tersebut.
     Dia membasuh muka lalu memakai pakaian.dia keluar dari hotel lalu terus memandu untuk ke pejabat.dia pasti ayahnya akan marah teruk padanya sebentar lagi.pukul 11 pagi baru ke tempat kerja.
       Sebaik sampai memang dia di panggil ke bilik ayahnya.habislah dia kali ini.
     Seperti yang di teka dia di marahi datuk zakaria dengan teruk.dia hanya menadah telinga mendengar kata makian dan marahan ayahnya.itu sahaja yang mampu di buatnya.tak akan nak melawan orang tua yang sedang naik minyak pasti akan mengeruhkan lagi keadaan.
     Sebaik habis di leteri ayahnya,haikal masuk ke bilik pejabatnya.banyak fail yang harus di uruskan atas arahan ayahnya.malam ini habis hasratnya ke pub selepas melihat fail yang berlambak di atas mejanya.