Tuesday, 11 September 2012

An-Nur Bab 1


Bab 1

     Jalan di lalui dengan penuh tidak sabar.Di kepalanya tidak sabar untuk sampai ke tempat tersebut.pasti rakan-rakannya sudah menanti.kereta di pandu agak laju walaupun keadaan jalan agak sesak.maklumlah malam minggu.kuala lumpur memang begini.
     Telefon berbunyi nyaring.haikal melihat nama pemanggil.adrian.sah mereka sudah sampai di pub yang menjadi kunjungan biasa mereka.pastilah kena marah ni.
     “wei,where are you now?you late.”suara Adrian marah di corong telefon.
     “relax la guy.aku on the waylah ni.jalan sesak.”
     “kalau tak sampai dalam 15 minit kami masuk dulu.badan aku tak sabar nak bergoyang ni.tekak pun dah haus menunggu you lama sangat.”
     “kejap lagi aku sampai.dah Nampak bangunan pub tu.nak cari parking dulu.sabar tau.”
     Haikal terus mencari parking.handphone di masukkan ke dalam poket baju.ada sahaja kawan-kawannya.hai..takkan lewat sekejap pun nak marah.selalunya aku yang jadi pak guard tak bertauliah dan bergaji kat depan pintu masuk pub tu.
     Dia bertemu kawan-kawannya lalu masuk ke sarang syaitan yang di puja mereka.cahaya lampu disko menjadi santapan mata mereka yang sudah biasa.adrian dan yang lain terus meminta minuman kegemaran mereka.minuman syaitan yang di katakana lazat.
     Haikal terus ke tempat menari.menyambar mana-mana gadis yang sedang menari untuk menari bersamanya.gadis tersebut terus menggerakkan badan dan tangannya ke badan haikal.tarian yang sungguh menggoda.
     Setelah penat dia duduk bersama rakannya dan meneguk arak yang di hulurkan padanya.minum dengan rakus.ada masanya mereka ketawa gembira.
     “haikal,you Nampak tak perempuan kat bar sana tu?pakai baju merah.”Adrian memandang kearah bar.
     Haikal berpaling memandang ke tempat yang di katakana Adrian.
     “Nampak.kenapa?”
     “aku Nampak dia macam seorang diri sahaja.apa kata kau cuba pikat dia dan kalau kau Berjaya dapat dia aku belanja kau esok ke sini.terima tak cabaran aku ni?”
     Haikal memandang Adrian.dia tersenyum.apa salah aku terima cabaran dia.gadis tu cantik juga.pasti aku akan dapat gadis tu.cabaran Adrian memang bagus.hadiah pun berbaloi.
     Dia bangun lalu menuju ke arah bar.berpura-pura untuk order air.”
     “bos,bagi saya bluesea.”haikal duduk di sebelah gadis tersebut sambil tersenyum.tangan di hulur untuk berkenalan.
     “saya haikal.cik adik siapa?”
     Si gadis membalas.maklumlah lelaki kacak dan bergaya di hadapan menghulurkan salam perkenalan.tak akan nak menolak.baju pula berjenama.kalau menolak pasti menolak tuah yang hadir.
     “Maya.”
     “first time datang ke?tak pernah Nampak sebelum ni.”
     “kali pertama kat sini.saya pun baru sampai kat kl ni.ikut sepupu.dia jumpa kawan dekat dalam bilik sana tu.saya tunggu kat sini.”sambil memandang bilik vip di bahagian hujung.
     Haikal tersenyum.kalau langgan bilik vip pasti akan lewat sepupunya keluar.ada masa dia memancing gadis ini.
     Dia memancing gadis tersebut berbual dengannya.dia banyak berpengalaman dalam hal menggoda ini.bukan seorang dua masuk perangkapnya tapi ramai.semuanya mudah di goda dengan kata-kata dan juga perbuatannya.semua gadis sama sahaja.
     Sambil minum bluesea yang di minta dia mendengar cerita gadis tersebut.maya turut mencuba bluesea yang di minum oleh haikal.awalnya dia terbatuk-batuk.bluesea campuran beberapa jenis arak yang beralkohol tinggi menjadikan arak tersebut berwarna biru laut.
     Setelah biasa dengan bluesea haikal mengajak maya yang sudah mula mabuk duduk bersama dengan rakan-rakanya.di situ dia memperkenalkan pil kepada maya di mana pasti tidak akan merasa penat walaupun menari sepanjang malam.
     Mereka berpesta sehinggalah puas.haikal membawa maya keluar dari pub dalam keadaan kedua-duanya mabuk.

******************************************
***********************************************************

No comments:

Post a Comment