Tuesday, 11 September 2012

An-Nur Bab 2


Bab 2

      Haikal  memegang kepalanya.sakit sangat di rasainya.keadaan di sekeliling di lihat.dia terkejut melihat tempat tersebut.tempat yang tidak di kenali.dia bangun dan duduk di birai katil.cuba mengingati peristiwa semalam.
     Walaupun agak kabur dia ingat sedikit demi sedikit apa yang berlaku malam tadi.ya,maya.selepas dia keluar dengan maya dari pub dia membawa maya ke hotel.

     Sepucuk surat terletak di meja sebelah katil.haikal membacanya.

     Terima kasih hal semalam.maya tak akan lupakan sampai bila-bila.malam tadi saat paling indah dalam hidup maya.terima kasih haikal.untuk hal semalam,maya dah ambil duit RM300 dalam dompet haikal untuk bayaran bermalam dengan maya
Jumpa lagi nanti.

     Haikal mencampakkan nota tersebut di dalam bakul sampah berhampiran.dia sudah ingat.dia membawa maya ke hotel untuk bersama dengan gadis tersebut.
     Dia membasuh muka lalu memakai pakaian.dia keluar dari hotel lalu terus memandu untuk ke pejabat.dia pasti ayahnya akan marah teruk padanya sebentar lagi.pukul 11 pagi baru ke tempat kerja.
       Sebaik sampai memang dia di panggil ke bilik ayahnya.habislah dia kali ini.
     Seperti yang di teka dia di marahi datuk zakaria dengan teruk.dia hanya menadah telinga mendengar kata makian dan marahan ayahnya.itu sahaja yang mampu di buatnya.tak akan nak melawan orang tua yang sedang naik minyak pasti akan mengeruhkan lagi keadaan.
     Sebaik habis di leteri ayahnya,haikal masuk ke bilik pejabatnya.banyak fail yang harus di uruskan atas arahan ayahnya.malam ini habis hasratnya ke pub selepas melihat fail yang berlambak di atas mejanya.

    


     

No comments:

Post a Comment