Thursday, 6 September 2012

sesuci Aryssa


Sinopsis


     Setelah kehilangan tunang yang di sayangi dalam nahas kapal terbang,Aryssa Mia terasa dirinya kosong sekali.kesedihan memakan dirinya sendiri.
     Hidup dalam kenangan arwah Andrian membuatkan dirinya nanar.Atas nasihat keluarga dan sahabat handai,Aryssa kembali bangkit dan bertahan.dia cuba melupakan segala kesedihan dan hidup dengan lebih baik.Betul kata Fiza,tentu Arwah Andrian tidak suka dia bersedih.Kembali dengan sikap lamanya dan memulakan langkah kearah kejayaan.
     Harta Arwah dimanfaatkan dengan baik oleh Aryssa.setiap bulan pasti Aryssa akan memberi derma menggunakan nama Arwah Andrian.Tanda sayangnya dia pada sang kekasih.
     Lima tahun sejak arwah meninggal,Aryssa yakin,dia boleh hidup tanpa bayangan Arwah Andrian tapi segalanya takdir ALLAH bila seorang lelaki muncul di hadapan Aryssa.Umpama pantulan cermin,wajah lelaki itu seiras dengan Arwah.hati Aryssa kembali berlagu sedih.
     Bagi Aryssa,Ryian memang seiras dengan Arwah Andrian.hanya wajah.yang lain tak.Arwah Andrian seorang yang lembut , bersopan , sentiasa tersenyum manis walaupun dalam keadaan marah ,tak pernah meninggikan suara ,tak berlagak dengan kekayaan yang dia ada ,menghormati wanita ,seorang yang penyayang dan romantic dalam keadaan yang sepatutnya romantik manakala Ryian seorang yang ‘playboy’.kasanova yang terunggul.kerap bertukar pasangan ,sentiasa memandang sinis pada orang bawah ,bercakap dengan kasar ,suka menunjuk-nunjuk dan paling penting bercakap ikut sedap mulut dia sahaja.tak tahu nak hiraukan perasaan orang lain.

“Kenapa pandang saya?Ah…nak cakap wajah saya ni persis seorang yang awak kenal?tak payahlah nak cakap macam tu.itu cara lama nak goda orang tau.zaman 60-70 an dulu.zaman ni lain pula tau.lagipun,dengar sini.Saya tak akan terpikat pada perempuan macam kamu ni.Kena tengok muka tu dulu.dah la miskin ada hati nak pikat saya.”Ryian Ameerul

wajah awak memang seiras dengan dia Cuma jangan ingat saya anggap awak adalah dia sebab hanya wajah sahaja yang sama.yang lain berbeza.lamgsung tak sama.dia lelaki yang baik sejak kecil.seorang muallaf yang mencintai Allah dan Rasul.awak pun tak akan mampu jadi dia.awak seorang manusia yang teruk sedangkan dia seorang yang baik.hatinya putih tapi hati awak dah hitam.saya pun tak akan terpikat dengan awak sebab saya tahu kedudukan saya.”Aryssa Mia

Dalam bergaduh dan sindir menyindir muncul cinta.banyak pihak membantah.Apatah lagi Julianna bekas kekasih Ryian mula mengorak langkah untuk merampas kembali Ryian.

No comments:

Post a Comment