Bab
7
Sungai yang mengalir perlahan di pandang
sahaja.haikal duduk termenung di sebuah batu.amarah atuknya masih belum hilang
lagi.semasa dia mahu duduk di meja makan,atuknya lantas bangun lalu beredar.
Ayat atuknya tempoh hari terngiang-ngiang
di minda haikal.hatinya sakit.sesakit jiwanya.malam selepas atuknya memukul
dengan rotan,ayahnya memarahi di corong telefon.dia hanya bersabar sahaja.geram
bukan kepalang.
Kereta di pandu mahu pulang.dia berhenti
di sebuah kedai runcit mahu membeli makanan ringan.dia ternampak hawa.gadis
tersebut sedang mencari sesuatu di rak.terlintas niat di hati haikal ketika
itu.
“hai,boleh berkenalan?”
“waalaikumsalam.”hawa tersenyum.
Haikal
tersentak.wah..ni macam perli sahaja.mana ada aku bagi salam pada dia.
“saya tak bagi salam pun.”
“memang kamu tak bagi salam pada saya tapi
hai tadi tu menunjukkan awak sapa saya jadi apa pun ayatnya ia hampir sama
dengan assalammualaikum jadi saya balas la dengan waalaikumsalam.”
Haikal
terdiam.dia hilang kata.hawa meminta diri untuk beredar.langkah hawa
menghilang.
‘Nak kenakan akulah tadi
tu.sabar.entah-entah Nampak je macam alim.bila aku ayat sikit semua boleh
bagi.perempuan sekarang ni bukan boleh percaya.jual mahal konon alih-alih nanti
dia sanggup bagi maruah dia pada aku.tengoklah nanti.aku yakin dia pun sama
sahaja.’
No comments:
Post a Comment